Antara manisan tradisi orang Melayu yang tidak lapuk ditelan zaman sehingga kini ialah Kek Sarang Semut atau lebih dikenali juga sebagai Kek Gula Hangus. Keunikan pada kuih klasik ini tidak terletak pada rupanya yang persis seperti sarang semut semata-mata. Malahan, rasanya juga sungguh sedap di samping memiliki tekstur kenyal serta lembut bila dimakan.
Untuk dapatkan rupa ‘sarang semut’ yang cantik, anda boleh buat 2 tips utama iaitu pastikan adunan tepung diperap lebih lama selain menggunakan teknik potongan betul. Dah, dah, dah jangan buang masa fikir lama-lama. Dengan resepi mudah yang kami sediakan, confirm korang boleh masak sendiri Kek Gula Hangus di rumah, hasil air tangan sendiri lebih ‘terangkat’!
Resepi Kek Gula Hangus Klasik
Bahan-bahan
- 1 cwn gula kastor
- 1 cwn air panas
- 1 cwn tepung gandum
- 3 sb mentega (dicairkan)
- 4 biji telur
- 3/4 cwn susu segar
- 2 sb soda bikarbonat
- 1 sb serbuk penaik
- 1 sb esen vanila
Cara memasak
- Dengan menggunakan api sederhana, masak gula kastor sehingga menjadi karamel dan tuangkan air panas. Masukkan mentega dan kacau sehingga larut dan ketepikan.
- Masukkan telur, esen vanila, susu segar dan larutan gula karamel. Kacau seketika.
- Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Kacau adunan sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan roti dan perap selama 1-3 jam.
- Bakar pada suhu 170°c selama 20-30 minit.
- Keluarkan kek dan potong secara melawan urat kek untuk mendapatkan bentuk sarang semut yang cantik.
- Kek Gula Hangus Klasik siap untuk dihidangkan.
Nota: Semakin lama adunan diperap, semakin banyak rongga semut bakal terhasil.
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi