Kek Pencuci Mulut

Resepi Kek Keju Kukus Pelangi Viral, Simple dan Sedap

Jawatan Kosong baker & pastry

Baru-baru ini, telah tular satu kek keju kukus yang sudah pun menjadi hot recipe di kalangan ibu-ibu dan bakers iaitu Kek Keju Kukus Pelangi. Kek kukus ini mendapat perhatian ramai kerana rupanya yang sangat cantik dek kerana dipenuhi dengan warna-warna pastel menarik umpama pelangi. Bukan rupanya saja yang menawan, malah rasanya yang manis-manis berlemak pun akan turut buat kita jatuh cinta. Betul-betul jatuh cinta!

Bagi mereka yang belum lagi cuba resepi kek keju kukus viral ni, bolehlah cuba buat. Ikuti saja langkah penyediaan di bawah dan bersedialah untuk terpukau dengan kecantikan kek ini. Selamat mencuba.

Resepi Kek Keju Kukus Pelangi

Bahan-bahan (Kek)

  • 5 biji telur
  • 1 sb ovalet
  • 1 cwn gula
  • 1 sb esen vanila
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 cwn minyak jagung

Bahan-bahan (Topping)

  • 250 gm krim keju
  • 1/2 cwn  krim putar
  • 1/3 cwn susu segar
  • pewarna makanan merah jambu
  • pewarna makanan ungu
  • pewarna makanan biru muda
  • pewarna makanan kuning

Cara memasak

  1. Kek: Pukul telur, gula, ovalet dan esen vanila sehingga kembang dan warna betukar kuning pucat.
  2. Kemudian, ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat, dan serbuk penaik ke dalam.
  3. Kacau rata menggunakan teknik kaup balik.
  4. Kemudian, tuangkan minyak jagung dan kacau sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 30-45 minit.
  6. Keluarkan kek dari acuan dan biarkan sejuk seketika di atas cooling rack.
  7. Kemudian, potong kek kepada beberapa lapisan nipis dan letakkan kek ke dalam bekas kek.
  8. Topping: Pukul krim keju dan krim putar sehingga kembang.
  9. Kemudian, masukkan susu segar .
  10. Pukul sehingga sebati dan bahagikan kepada 4 bahagian.
  11. Warnakan setiap satu dengan pewarna makanan merah jambu, ungu, biru muda dan kuning.
  12. Lapiskan kek kemudian topping keju. Ulang step sehingga terhasil 3 lapisan.
  13. Letakkan serba sedikit topping berlain warna dan lorekkan corak dengan menggunakan lidi.
  14. Kek keju kukus pelangi siap untuk dihidangkan.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook