Seperti kita tahu, biskut Oreo sering dijadikan sebagai bahan pilihan utama bagi menghasilkan pelbagai jenis manisan yang menarik dan lazat. Antara yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ialah Kek Keju Oreo kerana dessert ini sangat mudah dibuat serta memiliki rasa yang enak. Kombinasi lapisan keju bersama biskut Oreo pada kek ni sememangnya sangat serasi sebab ada rasa lemak manis berkrim ditambah dengan tesktur rangup.
Apa yang menariknya lagi, Kek Keju Oreo ini tidak perlu langsung dibakar mahupun dikukus kerana hanya perlu disejukkan di dalam peti ais je. Amboi senang betul! Bila makan sejuk-sejuk ketika cuaca panas terik memang layan lebih-lebih lagi apabila ia mencair dalam mulut. Sedapnya! Apa lagi, jomlah kita cuba resepi ini.
Resepi Kek Keju Oreo Super Mudah
Bahan-bahan (Lapisan Bawah)
- 12 keping Oreo tanpa inti (dihancurkan)
- 2 sb mentega (dicairkan)
Bahan-bahan (Lapisan Kek)
- 250 gm krim keju
- 2 sb gula kastor
- 1 sb esen vanilla
- 1 biji lemon (diperah)
- 200 ml krim putar bukan tenusu
- 3/4 sb gelatin+2 sb air panas
- 5 keping Oreo (dipatah empat)
Bahan-bahan (Hiasan)
- 5 keping Oreo (dipotong dua)
- 3 keping Oreo (dihancurkan)
- 1/2 cwn krim putar bukan tenusu
Cara memasak
- Lapisan bawah: Untuk membuat crust, campurkan biskut Oreo yang telah dihancurkan bersama mentega cair dan kacau sehingga keduanya sebati.
- Masukkan crust ke dalam loyang dan padatkan dengan sudu.
- Lapisan Kek: Pukul krim keju, krim putar bukan tenusu, gula kastor, esen vanila dan perahan jus lemon sehingga kembang.
- Tuangkan gelatin yang dicairkan dengan air panas. Pukul seketika.
- Masukkan biskut Oreo yang dipatahkan ke dalam campuran. Kacau rata.
- Tuang adunan tersebut ke atas crust yang telah dipadatkan tadi.
- Tutup permukaan loyang dengan plastik wrap dan biarkan di dalam peti ais semalaman.
- Hiasan: Pukul krim putar bukan tenusu sehingga ringan dan kembang.
- Setelah kembang, masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke atas permukaan kek.
- Susun kemas biskut Oreo dan taburkan biskut yang dihancurkan di tengah permukaan kek.
- Kek Keju Oreo tanpa bakar siap untuk dihidangkan.
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi