Kek

Resepi Kek Pandan Gula Melaka & Swiss Buttercream Frosting, Rugi Tak Cuba

Resepi Kek Pandan Gula Melaka & Swiss Buttercream Frosting, Rugi Tak Cuba

Gula Melaka dan pandan sememangnya 2 bahan utama yang biasa digunakan dalam dessert orang Melayu. Bermula dari tahun lepas pula, viral gila bila ada bakers yang jual Kek Pandan Gula Melaka dengan topping Swiss Buttercream Frosting. Wow! Daripada namanya saja, kita dah boleh bayangkan sendiri rasa lemak buttercream dan manis gula Melaka tu. Kalau yang dah pernah rasa tu, mesti korang tahu betapa padunya rasa kek ini.

Sekali pandang nampak macam simple, tapi sebenarnya ada beberapa cara yang boleh kita gunakan supaya kek tak jadi bantat. Jom ikuti resepi di bawah ini. Sesuai sangat dihidangkan ketika minum petang bersama keluarga tersayang!

Resepi Kek Pandan Gula Melaka & Swiss Buttercream Frosting

Bahan-bahan (Kek Pandan)

  • 25o gm minyak bunga matahari
  • 160 gm gula kastor
  • 4 biji telur (Gred A)
  • 1 sb esen vanila
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 1 sb serbuk penaik
  • 75 ml santan
  • 100 ml air pandan (5 helai daun pandan + 100ml air)
  • 1 sk esen pandan
  •  pewarna hijau (secukupnya)

Bahan-bahan (Sos Gula Melaka)

  • 1/4 cwn air
  • 100 gm gula melaka
  • 1/4 cwn santan
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1/2 sb tepung jagung

Bahan-bahan (Swiss Buttercream)

  • 4 biji telur putih (Gred A)
  • 120 gm gula kastor
  • 370 gm mentega
  • 1 sk esen vanila
  • 2-3 sb sos gula merah

Cara memasak

  1. Kek: Pukul minyak bunga matahari, telur dan gula kastor sehingga kembang serta kelihatan kuning pucat.
  2. Masukkan esen vanila dan esen pandan. Kemudian, pukul lagi sehingga semua bahan sebati.
  3. Ayakkan tepung naik sendiri dan serbuk penaik. Kacau sebati dengan menggunakan teknik kaup-balik.
  4. Tuangkan santan dan air pandan ke dalam adunan. Kacau sehingga semua sebati dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialaskan baking paper.
  5. Bakar pada suhu 180°C selama 25-35 minit.
  6. Keluarkan daripada oven dan sejukkan seketika.
  7. Sos Gula Melaka: Dengan menggunakan suhu sederhana, masukkan gula melaka ke dalam periuk.
  8. Masukkan daun pandan yang telah disimpulkan serta santan. Masak seketika sehingga gula larut.
  9. Kacau sebati dan tuangkan tepung jagung. Kemudian, masak sehingga sos kelihatan pekat.
  10. Swiss Buttercream: Panaskan gula dan telur putih ke dalam periuk.
  11. Kemudian, pukul sehingga sedikit kembang lalu masukkan mentega.
  12. Pukul kesemua bahan sehingga kembang. Akhir sekali, masukkan esen vanila dan sos gula merah.
  13. Pukul sehingga sebati dan masukkan 1/3 swiss buttercream ke dalam piping bag.
  14. Kemudian, potong kek kepada tiga lapisan. Sapukan swiss buttercream pada setiap lapisan.
  15. Paipkan swiss buttercream di sekeliling dan atas kek serta drizzle sos gula Melaka di sekeliling kek.
  16. Taburkan kelapa parut kering dan gula di tengah-tengah atas permukaan kek.
  17. Kek Pandan Gula Melaka dengan Swiss Buttercream Frosting siap untuk dihidangkan.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes

Welcome to Rasaflix

Install
×