Kek Red Velvet atau dikenali juga sebagai Kek Baldu Merah merupakan manisan yang sangat unik dari segi rasa serta warnanya. Sebenarnya, penggunaan cuka di dalam adunan tepung tu yang akan menambahkan lagi tekstur gebu serta menaikkan warna merah pada kek ini tau!
Kini, dessert ini banyak dijual di mana-mana kedai bakeri tetapi harganya mampu mencecah hingga ratusan ringgit bergantung pada saiznya. Dengan harga tersebut, sebenarnya lebih berbaloi kalau buat sendiri. Kalau nak tahu caranya, boleh ikuti resepi di bawah. Selamat mencuba resepi Kek Red Velvet Manis Berlemak.
Resepi Kek Red Velvet Manis Berlemak
Bahan-bahan (Kek)
- 2 cwn tepung gandum
- 2 sb serbuk koko
- 1 sb soda bikarbonat
- 1 sb serbuk penaik
- 1 cwn minyak jagung
- 1 cwn gula
- 2 biji telur
- 1 sb pewarna merah
- 1 sb esen vanila
- 1/2 cwn air panas
- 1 sb cuka makan
- 1 cwn buttermilk (1 cwn susu+2 sb cuka)
Bahan-bahan (Krim Keju)
- 200 gm krim keju
- 1/2 gula
- 250 gm mentega
Cara memasak (Kek)
- Pukul minyak jagung, gula, dan telur menggunakan mesin pengadun sehingga sebati.
- Masukkan pewarna merah dan esen vanila. Pukul seketika.
- Masukkan buttermilk dan kacau seketika.
- Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk koko. Gaul sebati.
- Tuangkan air panas dan cuka makan ke dalam adunan. Kacau adunan sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 35-40 minit pada suhu 170°c.
Cara memasak (Krim Keju)
- Pukul krim keju, mentega dan gula sehingga kembang.
- Masukkan ke dalam pipping beg. Ketepikan.
Penyediaan
- Potong kek kepada tiga bahagian and simpan lebihan kek sebagai hiasan.
- Hancurkan lebihan kek tersebut dan ketepikan.
- Paipkan krim keju frosting pada lapisan pertama and lapiskan potongan kek di atasnya.
- Paipkan lagi krim keju frosting di atas dan seluruh bahagian kek. Ratakan krim dan sejukkan kek selama 20 minit.
- Hiaskan kek mengikut kreativiti sendiri. Kek Red Velvet Manis Berlemak siap untuk dihidangkan.
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi