Ramai yang beranggapan sunquick hanya untuk bancuh air je, kan? Sebenarnya, anda boleh hasilkan kek yang lazat juga daripada pati minuman ini. Teksturnya yang gebu dan lembut memang terus cair di mulut! Cicah dalam kopi panas pun memang onzzz!
BACA: Bajet Tak Sampai RM10, Ini Rupaya Cara Buat Kek Coklat Karamel Yang Sedap
Yang paling best, hanya perlukan 5 bahan saja tau dalam resepi mudah dikongsi oleh Puan Adda Rose. Tak perlu ke bakeri dah, anak-anak pun boleh join tolong di dapur. Kalau dah expert, mana tau boleh jana side income promote di media sosial pula?-
Resepi Kek Sunquick Oren
Bahan-bahan:
- 170g marjerin
- 115g gula kastor
- 3 biji telur
- 160g tepung kek
- 4 sudu besar oren sunquick
Cara memasak:
- Pertama sekali, campurkan 170g marjerin, 115g gula kastor dan 3 biji telur di dalam bekas pengadun.
- Kacau hingga semua bahan sebati.
- Kemudian, tambah 160g tepung bersama 4 sudu besar sunquick dan kacaukan.
- Selepas itu, sapukan sedikit marjerin di dalam loyang.
(Nota: Untuk elakkan adunan melekat selepas dibakar). - Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama tempoh 1 jam.
- Apabila sudah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
- Kek Sunquick Oren siap untuk dihidang dan dimakan. Selamat mencuba semua!
Sumber: Facebook Addarosa Rose Garden via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi