Kek Pencuci Mulut

Resepi Kek Telur Mata Viral

Jawatan Kosong baker & pastry

Baru-baru ini, telah tular satu dessert yang dinamakan sebagai Kek Telur Mata. Eh eh eh! Jangan salah faham pula guys. Bukannya kita letak telur mata yang baru habis goreng tu tau. Bagi sesiapa yang tidak tahu, sebenarnya putih telur pada kek tu adalah krim keju dan kuning telurnya pula mango pudding. Kombinasi rasa lemak-lemak manis dan masam memang ngam sangat dimakan bersama sponge cake yang lembut!

Mesti ada sebahagian daripada korang yang nak tahu sangat macam mana nak buat kek telur mata tu, kan? Sebenarnya, cara penyediaannya mudah sangat. Kalau nak tahu, boleh lihat resepi di bawah. Selamat mencuba.

Resepi Kek Telur Mata Viral

Bahan-bahan (Kek)

  • 5 biji telur
  • 10 gm tepung jagung
  • 120 gm gula aising
  • 110 gm tepung naik sendiri
  • 80 gm minyak jagung
  • 1 sb serbuk penaik
  • 1 sb esen vanila

Bahan-bahan (Telur Putih Keju)

  • 250 gm krim keju
  • 125 gm gula aising
  • 1 sb esen vanila
  • 1 1/2 sb esen mangga
  • 250 ml susu segar

Bahan-bahan (Telur Merah Puding)

  • 400 ml air
  • 1 paket serbuk puding mangga

Cara memasak

  1. Kek: Dengan menggunakan mesin pengadun, pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan gula aising sedikit demi sedikit sehinggga sebati. Kemudian, masukkan esen vanila.
  2. Ayakkan tepung jagung, tepung naik sendiri, serbuk penaik ke dalam dan kacau sebati menggunakan teknik kaup-balik.
  3. Kemudian, tuangkan minyak jagung dan kacau sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang kek yang dialaskan dengan baking paper.
  5. Bakar pada suhu 160 selama 30-40 minit.
  6. Keluarkan dan sejukkan kek seketika. Ketepikan.
  7. Telur Putih Keju: Pukul krim keju, gula aising, susu segar, esen vanila, dan esen mangga.
  8. Pukul sehingga kembang dan larut. Ketepikan.
  9. Puding Telur Merah: Masak air sehingga mendidih dan masukkan serbuk puding mangga.
  10. Masak sehingga larut dan tuangkan campuran tersebuk ke dalam mangkuk.
  11. Biarkan puding tersebut mengeras seketika di dalam peti ais.
  12. Kemudian, tuangkan telur putih keju ke atas kek dan letakkan puding mangga di tengah-tengah kek.
  13. Kek telur mata siap untuk dihidangkan.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook