Kek Pencuci Mulut

Resepi Kek Tornado Krim Keju Viral, Kek Tiga Layer Pasti Mengancam Selera

Resepi Kek Tornado Krim Keju Viral, Kek Tiga Layer Pasti Mengancam Selera

Tornado Cheesecake merupakan kek yang mendapat perhatian ramai penggemar manisan kerana rasanya sangat berkrim dan kaya dengan coklat. Kek ini terdiri daripada beberapa lapisan berlainan iaitu lapisan kek coklat lembut dan moist, krim keju serta lapisan coklat ganache yang pekat. Gabungan 3 layers tersebut nyata menyerlahkan lagi tekstur dan rasanya seolah-olah dihasilkan di kafe terkemuka tau.

Cara sediakan kek viral ini sebenarnya bukanlah susah seperti yang disangka pun. Kalau nak tahu, wajib scroll ke bawah untuk mengetahui bahan yang diperlukan dan cara penyediaan yang betul. Selamat mencuba semua.

Resepi Kek Tornado Krim Keju

Bahan-bahan (Kek Coklat)

  • 175 gm tepung gandum
  • 55 gm serbuk koko
  • 2 biji telur
  • 1 sb serbuk penaik
  • 1 sb soda bikarbonat
  • 95 gm mentega cair
  • 1 sb esen vanila
  • 1 sb ovalet
  • 130 gm gula kastor
  • 3 gm serbuk kopi + 120 ml air (larutan kopi)

Bahan-bahan (Coklat Ganache)

  • 250 gm coklat susu coin¬†
  • 250 gm krim putar
  • 2 sb mentega

Bahan-bahan (Krim Keju)

  • 200 gm krim keju
  • 1 sb esen vanila
  • 100 ml krim putar
  • 1/2 cwn gula aising

Cara memasak

  1. Kek Coklat: Gunakan mesin pengadun, masukkan telur, gula kastor bersama-sama mentega cair sehingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan ovalet dan pukul sehingga campuran kelihatan sedikit kembang.
  3. Masukkan esen vanila, larutan kopi ke dalam adunan.
  4. Ayak tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat, dan serbuk penaik. Kacau sebati dengan menggunakan teknik kaup balik.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus sekurang-kurangnya 30-45 minit.
  6. Keluarkan kek dan sejukkan seketika.
  7. Krim Keju: Dengan menggunakan mesin pengadun, masukkan krim keju, krim putar, esen vanila, gula aising dan pukul sehingga campuran sebati.
  8. Coklat Ganache: Masak coklat susu koin bersama mentega dan krim putar menggunakan kaedah double boil.
  9. Masak sehingga coklat larut dan ketepikan.

Cara penyediaan

  1. Potong kek coklat kepada dua bahagian dan letakkan kek ke dalam bekas.
  2. Tuangkan coklat ganache dan paipkan krim keju mengikut citarasa masing-masing.
  3. Kemudian, taburkan cip coklat sebagai penambah rasa kepada kek.
  4. Kek Tornado Krim Keju siap untuk dihidangkan.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes