Seafood Netizen

Resepi Kerang Pedas Sos Tiram Berempah, Ratah Terus Pun Licin Sepinggan

Resepi Kerang Pedas Sos Tiram Berempah, Ratah Terus Pun Licin Sepinggan
Jawatan Kosong baker & pastry

Tak dinafikan, kerang merupakan salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Sebenarnya, ada pelbagai cara untuk masak kerang ni. Untuk idea berbuka puasa, jom ikut resepi yang dikongsi oleh Puan Nurul Ateekah ini.

BACA: Resepi Lala Kam Heong Lebih Sedap Dari Kedai, Jom Pujuk Isteri Masakkan

Aroma yang terhasil daripada campuran sos tiram dan rempah kari sememangnya mampu naikkan selera. Ditambah pula dengan 3 jenis cili, nak ratah terus pun boleh licin sepinggan. Pasti suami dan anak-anak minta repeat dan tambah nasi nanti!

May be an image of food
Kredit Foto: Nurul Ateekah
Manfaat dan Kandungan Gizi Dari Kerang Darah
Gambar sekadar hiasan

Resepi Kerang Pedas Sos Tiram Berempah

Bahan-bahan:

  • 1kg kerang segar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 biji cili hijau (dihiris)
  • 3 biji cili padi (diketuk)
  • 2 batang daun kari
  • 2 s.b. serbuk kari ikan
  • 6 s.b. cili kisar
  • 4 s.b. sos tiram
  • Air secukupnya
  • Sedikit serbuk belacan
  • Secubit garam

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, rebuskan kerang selama 5 hingga 10 minit terlebih dahulu.
  2. Setelah itu, angkat kerang dan rendamkan di dalam air sejuk atau air yang berisi ais.
  3. Kemudian, kopekkan kulitnya.
  4. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan daun kari hingga naik bau.
  5. Masukkan cili kisar dan serbuk kari ikan.
  6. Masak sehingga pecah minyak.
  7. Tambahkan sos tiram, sedikit serbuk belacan, cili padi, cili merah dan cili hijau.
  8. Gaul hingga sebati.
  9. Masukkan kerang yang telah direbus dan tambahkan sedikit air.
    (Nota: Kuantiti air mengikut kepekatan kuah yang anda suka).
  10. Kerang Pedas Sos Tiram Berempah siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

    May be an image of food and text that says "ateekah"
    Kredit Foto: Nurul Ateekah

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes