Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah ni antara kombo makanan yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kalau cakap nak pergi kenduri je, mesti dah teringat-ingat pasal hidangan yang menggiurkan ni. Tambah pula dengan masam-masam manis acar tu fuhh ngam teroks!
BACA: Nasi Bajet Ayam Berempah, Campak-Campak Je Tapi Kualiti Sama Di Kedai
Musim puasa ni mana ada jemputan kenduri, kan? Tekak pulak dah teringin nak makan lauk yang lazat ni. Jadi kali ini, kami ingin kongsikan pada anda resepi istimewa daripada Cik Adel yang sangat mudah untuk dimasak. Lepas ni tak perlu tunggu jemputan, boleh masak sendiri je dekat rumah. Suami pun pasti suka!


Resepi Nasi Tomato Ayam Merah
Bahan-bahan: Nasi Tomato
- 3 ulas bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 sudu minyak sapi
- 2 inci halia
- 2 batang kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 sudu tomato puree
- Daun pandan
- Tomato segar (dipotong dadu)
- 1 kiub pati ayam
Bahan-bahan: Ayam Masak Merah
- Ayam (yang telah dibasuh bersih)
- Cili kisar
- 2 sudu besar sos tomato dan sos cili
- 2 cawan susu cair
- 2 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 batang serai
Cara memasak: Nasi Tomato
- Kisarkan bawang besar, bawang putih dan halia.
- Kemudian, panaskan minyak masak dan masukkan 2 sudu minyak sapi.
- Setelah itu, tumiskan kayu manis dan bunga lawang serta bahan yang telah dikisar.
- Apabila sudah pecah minyak, masukkan tomato yang dipotong dadu. Masak sehingga layu.
- Kemudian, tambahkan 4 sudu tomato puree dan 2 simpul daun pandan.
- Tambahkan setengah cawan susu cair, sedikit garam dan gula.
- Masukkan satu kiub pati ayam dan 4 cawan beras. (Nota: Beras direndam 30 minit terlebih dahulu).
- Gaulkan dan pindah ke dalam periuk nasi.
- Masukkan 4 cawan air dan masak seperti biasa. (Nota: Masukkan air mengikut sukatan nasi anda).
Cara memasak: Ayam Masak Merah
- Gorengkan ayam yang telah diperap dengan garam dan kunyit.
- Apabila ayam sudah setengah masak, boleh diangkat dan asingkan terlebih dahulu.
- Tumiskan kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.
- Apabila sudah naik bau, boleh masukkan setengah lagi bahan yang telah dikisar tadi.
- Masukkan 2 batang serai dan masak sehingga pecah minyak.
- Tambahkan cili yang telah dikisar dan perasakan dengan sedikit garam dan gula.
- Masukkan 2 sos tomato dan sos cili. Tambahkan sedikit air.
- Boleh masukkan ayam dan 2 cawan susu cair.
- Gaulkan sehingga sebati.
- Apabila ayam sudah dimasak, boleh tutupkan api.
@adelwhooo PuasaDay2: nasi tomato ayam merah #RamadanMubarak #SeleraRamadan #TiktokGuru #LearnOnTiktok #JomBelajar #LaparKeTuw #pesviral #aynuf #collegeedition
Sumber: Tikok adelwhooo
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi