Kuih Bakar atau juga dikenali sebagai Kuih Bingka merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat digemari ramai. Tak kira minum petang atau untuk majlis tertentu, hidangan ini akan sentiasa jadi rebutan sebab tekstur manis lembut di dalam dan lapisan luar yang garing memang layan habis!
BACA: Resepi Kuih Bingka Ubi Kayu Lemak Manis, Menu Wajib Untuk Berbuka
Aroma dan warna hijau pekat yang terhasil daripada daun pandan pula memang menggiurkan sesiapa sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak, tau. Mari ikuti perkongsian daripada Puan Nurul Ateekah yang sangat mudah ni untuk hasilkan di rumah saja.
Resepi Kuih Bakar
Bahan-bahan:
- 1 1/4 cawan tepung
- 7 helai daun pandan
- 1 cawan air
- 2 cawan santan
- 1 cawan gula
- 1/4 s.k. garam
- 1 s.b. bijan
- 4 biji telur
- 1 s.b. minyak masak
Cara memasak:
- Kisarkan 7 helai daun pandan bersama 1 cawan air.
- Kemudian, tapiskan air pandan tersebut.
- Gaulkan 4 biji telur, 1 cawan gula dan 2 cawan santan di dalam bekas berasingan.
- Kacau hingga sebati dan tambahkan air pandan.
- Masukkan tepung dan sedikit garam.
- Gaul kesemua bahan hingga sebati.
- Sapukan sedikit minyak masak di dalam loyang.
- Tapiskan semula adunan sebelum masuk ke dalam loyang.
- Taburkan bijan di atas permukaan adunan.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
- Bakar selama 40 hingga 45 minit.
- Kuih Bakar siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Nurul Ateekah
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi