Serabai ialah sejenis kuih tradisional yang berasaskan nasi. Boleh disamakan seperti apam tapi bentuknya macam lempeng. Juadah yang popular di negeri Kedah, Melaka dan Penang ini juga sangat enak apabila digandingkan dengan sebarang kuah manis.
BACA: Biskut Raya Cornflakes Chocolate Chip & Crunchy Di Luar, Manis Di Dalam!
Sekiranya anda ingin cuba masak kuih serabai yang gebu, boleh ikuti resepi yang dikongsi oleh Puan Noor Munira Sulaiman ini. Cara penyediaannya pun tak rumit. Memang padu teroks bila cicah sos manis gula melaka!
Resepi Kuih Serabai
Bahan-bahan: Kuih Serabai
- 1 cwn tepung beras
- 1/2 cwn nasi
- 1/2 cwn santan
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu teh ragi (atau boleh digantikan dengan yis)
- 1 sudu teh garam
Cara memasak:
- Kisarkan semua bahan dan simpan dalam 20 minit.
- Sapu minyak sedikit di atas non stick pan.
- Letakkan 1 senduk tepung dan bakar atas api lebih kurang 3 minit (sehingga semua gelembung masak dan balikkan sekejap).
Bahan-bahan: Kuah Gula Melaka
- Air 1 cwn
- Gula melaka (2 ketul)
- Santan 1/2 cwn
- Gula biasa 2 sudu
- Garam secubit
- Satu sudu tepung beras (dicampur air)
- Daun pandan (untuk menaikkan bau)
Cara memasak:
- Masak gula melaka sehingga cair.
- Masukkan daun pandan.
- Tambah garam, gula, santan dan air tepung beras.
- Kacau sampai pekat.
Cara Penyediaan:
- Letakkan beberapa keping kuih serabai di atas pinggan.
- Sendukkan kuah yang sudah dimasak ke dalam bekas kecil.
- Cicahkan kuih tersebut ke dalam kuah.
Sumber: Facebook Noor Munira Sulaiman via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi