Telaga Emas merupakan antara kuih yang memang agak sukar untuk didapati di kawasan bandar. Teksturnya yang kenyal di luar dan lembut di dalam memang menggiurkan! Rasa manis inti kastard buat orang tak jemu makan.
BACA: Resepi Kuih Lompat Tikam Yang Mudah & Berlemak Manis Versi Terengganu
Memandangkan aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan, pasti ada yang rindu dengan kuih tradisional macam ini. Jangan risau kerana kami ingin kongsikan resepi Kuih Telaga Emas oleh Puan Zura Zul. Silap-silap bila dah expert, boleh jual untuk jana side income.
Resepi Kuih Telaga Emas
Bahan-bahan: Kulit Hijau
- 250g tepung pulut
- 3 s.b tepung gandum
- 1 s.b tepung jagung
- 1 1/4 cawan air
- Perisa pandan
- Pewarna hijau
- Garam
Bahan-bahan: Inti Kastard
- 1 cwn santan kotak
- 1 cwn air suam
- 1/2 cwn gula
- 2 s.b tepung kastard
- 1/4 cwn tepung gandum
- 3 biji telur
- 1 penutup botol esen vanila
- Sedikit pewarna kuning
- Garam
Cara membuat: Kulit Hijau
- Campurkan tepung pulut, tepung gandum, tepung jagung, perisa pandan, pewarna hijau bersama sedikit garam.
- Kemudian, tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat di tangan.
- Setelah itu, sapukan sedikit minyak masak ke dalam acuan lompang bersaiz kecil.
- Bentukkan doh menjadi bulat dan tekan hingga rata ke dalam bahagian acuan.
Cara membuat: Inti Kastard
- Campurkan santan, esen vanila, gula bersama air suam.
- Tambahkan telur, tepung kastard, garam, pewarna kuning dan kacau hingga sebati.
- Kemudian, tapiskan adunan di dalam bekas.
Cara memasak:
- Sudukan inti kastard ke dalam bahagian lompang yang telah ditekan tadi.
- Panaskan air dan kukus selama 10 hingga 20 minit. (Nota: Gunakan api sederhana besar).
- Kuih Telaga Emas siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Zura Zul via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi