Mee Netizen Pasta

Resepi Laksa Johor Kuah Padu, Sekali Makan Confirm Nak Tambah Lagi

Resepi Laksa Johor Kuah Padu, Sekali Makan Confirm Nak Tambah Lagi
Jawatan Kosong baker & pastry

Laksa Johor tak dinafikan amat unik berbanding dari negeri lain. Bukan saja gunakan spaghetti sebagai bahan utama, malah keistimewaannya terletak pada campuran bahan-bahan yang digunakan untuk hasilkan kuahnya.

BACA: Dah Jemu Asyik Berbuka Nasi? Jom Try Mee Goreng Basah Seafood Tauhu Hancur

Ada pelbagai unsur menarik seperti rempah kari, kerisik dan isi ikan kembong. Dan kalau nak tahu, orang Johor biasanya makan laksa ni guna tangan saja tau. Fuhh, memang syahdu habis! Jadi kali ni, kami nak share pada anda resepi perkongsian daripada Puan Har Ryea. Sedap sampai beribu-ribu orang shares.

Resepi Laksa Johor

Bahan-bahan:

  • 2 paket Spaghetti (rebus dan tos)
  • 10-12 ekor Ikan Kembong (sebesar tapak tangan, rebus, asingkan isi dan tulang. Blend isi dengan sedikit air rebusan. Tulang-tulang pun blend selepas itu, tapis baki air rebusan dan ketepikan dulu)
  • Kemudian, blend lada kering (10 tangkai dan rebus) + 2 biji bawang besar + 5 ulas bawang putih + lengkuas (sebesar ibu jari)
  • Rempah kari ikan babas (3 sdb)
  • Santan (2 kotak kecik)
  • Kerisik (2-3 sdb)
  • Asam Keping (4-5 keping)
  • Daun Kesum
  • Bunga Kantan (2 bunga, belah 4 stiap satu)
  • Garam & Ajinomoto

Bahan-bahan tambahan:

  • Bawang besar (hiris)
  • Timun (hiris)
  • Kancang panjang (hiris)
  • Taugeh (siang ekor, biarkan mentah)
  • Lobak asin (cuci sedikit dengan air panas)
  • Daun selasih (hiris)
  • Daun kesum (hiris)
  • Limau nipis (belah dua)
  • Sambal belacan

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yg dikisar bersama rempah kari ikan. Biarkan sehingga naik minyak (sedikit garing).
  2. Masukkan santan, tambah sedikit air rebusan tadi dan kacau rata.
  3. Masukkan isi ikan dan tulang-tulang yang sudah blend. Kemudian, kacau rata.
  4. Masukkan kerisik dan biarkan ia mendidih seketika.
  5. Masukkan garam, ajinomoto dan asam keping.
  6. Kepekatan kuah laksa johor boleh adjust (kalau rasa pekat sangat, boleh tambah sedikit air rebusan).
  7. Jika sudah berpuas hati, biarkan kuah mendidih pada api perlahan sampai naik minyak (bau wangi).

Resepi Laksa Johor Kuah Padu, Sekali Makan Confirm Nak Tambah Lagi

Resepi Laksa Johor Kuah Padu, Sekali Makan Confirm Nak Tambah Lagi

Resepi Laksa Johor Kuah Padu, Sekali Makan Confirm Nak Tambah Lagi

Resepi sambal belacan:

Bahan-bahan:

  • Belacan sebesar 2 ibu jari (dibakar atas api perlahan)
  • 5-6 biji lada merah
  • 5 biji cili padi hijau
  • 1 sdk pes asam jawa
  • Sedikit ajinomoto
  • 2 biji limau kasturi (dibelah dua)

Cara memasak:

  1. Bersihkan lada merah kemudian, patah-patah dan masukkan sekali bersama cili padi dan sambal belacan ke dalam batu lesung.
  2. Tumbuk  sampai hancur.
  3. Apabila sudah lumat, masukkan pes asam jawa dan ajinomoto dan kacau rata.
  4. Masukkan ke dalam mangkuk bersama limau kasturi.

Resepi Laksa Johor Kuah Padu, Sekali Makan Confirm Nak Tambah Lagi

Cara penyediaan:

  1. Letak spaghetti
  2. Letak kuah
  3. Letak ulam-ulaman
  4. Letak sambal belacan
  5. Perah limau sedikit
  6. Letakkan sedikit sambal belacan

 

Resepi Laksa Johor Kuah Padu, Sekali Makan Confirm Nak Tambah Lagi

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram