Seafood Lauk Netizen

Resepi Lala Kam Heong Lebih Sedap Dari Kedai, Jom Pujuk Isteri Masakkan

Resepi Lala Kam Heong Lebih Sedap Dari Kedai, Jom Pujuk Isteri Masakkan
Jawatan Kosong baker & pastry

Masakan Kam Heong sangat popular, lagi-lagi kalau makan di restoran Chinese. Kadang tu kalau makan di kedai, harga yang dikenakan agak mahal dan tak masuk akal. Sebenarnya, cara masak lauk ini super simple tapi yang penting sedap tak terkata!

BACA: Resepi Homemade Seafood Selambak, Modal Masak Tak Sampai RM50

Selalu kita dengar ialah typical Ayam Masak Kam Heong tapi hari ni, kami ingin kongsikan resepi daripada Puan Liza Idris yang menggunakan lala sebaga bahan utama. Rasa pedas manis dicampuri dengan air renehan lala tu memang meleleh air liur, beb! Tak perlu ke kedai dah lepas ni, buat sendiri je kat rumah. Lagi jimat dan keluarga pun pasti suka!

May be an image of food

Resepi Lala Kam Heong

Bahan-bahan:

  • 1/2kg lala
  • 1 sb udang kering (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 2 inci halia (dimayang halus)
  • 4 biji cili padi (diketuk) (Nota: Boleh gantikan dengan cili kering)
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit daun sup (hiasan)
  • Sedikit garam dan gula.

Bahan-bahan: Pes

  • 1 1/2 sb rempah kari (dibancuh dengan air)
  • 1 sb sos tiram
  • 3 sb kicap

(Nota: Campurkan semua bahan ke dalam satu mangkuk)

May be an image of food and indoor

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, halia dan bawang putih.
  2. Kemudian, masukkan daun kari dan tumis lagi sehingga naik bau.
  3. Tambahkan udang kering dan cili padi.
  4. Selepas bahan tumis bertukar warna kekuningan, tambahkan pes yang dicampur tadi.
  5. Masukkan 1 cawan air dan dan masak hingga kuah menjadi pekat.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Masukkan lala dan gaul sebati.
  8. Biarkan selama 5 minit dan taburkan daun sup.
  9. Lala Kam Heong siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of food and indoor

May be an image of food, rose and indoor

May be an image of chow mein and indoor

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

Sumber: Facebook Liza Idris

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook