Netizen Seafood

Lala Mentega Bersama Krim, Menu Yang Confirm Buat Anda Jatuh Cinta!

Lala Mentega Bersama Krim, Menu Yang Confirm Buat Anda Jatuh Cinta!
Jawatan Kosong baker & pastry

Kalau cakap pasal seafood terutamanya lala, keenakannya memang jarang menghampakan. Selalunya kita akan masak sebagai sup atau mungkin sambal bercili, tapi pernah tak anda terfikir untuk campurkannya bersama mentega, susu full cream dan cooking cream? Haaaa belum cuba belum tahu. Sekali makan, kezalatannya pasti buat anda jatuh cinta

BACA: Resepi Lala Kam Heong Lebih Sedap Dari Kedai, Jom Pujuk Isteri Masakkan

Dengan rasa yang cukup mengiurkan, cara penyediaannya cukup mudah. Gabungan rasa lemak-lemak dan sedikit pedas daripada chili flakes memang mengancam weh! Jom berbuka dengan dengan resepi yang dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Menu ini juga sedap dimakan bersama roti mahupun spaghetti.

May be an image of food and indoor
Kredit Foto: Nurul Ateekah

Resepi Lala Mentega Bersama Krim

Bahan-bahan:

  • 1 1/2kg siput lala (dicuci bersih)
  • 1 cawan susu full cream
  • 1 kotak kecil cooking cream
  • 1/2  butter
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • Daun bawang (dihiris)
  • 1 sb perahan jus lemon
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1 sk basil
  • 1 sk chilli flakes 
  • Kepingan keju cheddar
  • Secubit garam
  • 1 kiub pati ayam May be an image of food and indoor

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, rebuskan lala hingga separuh masak. (Nota: Buang air rebusan).
  1. Kemudian, cairkan butter di dalam kuali dan masukkan lala tadi.
  2. Tambahkan perahan jus lemon, bawang putih dan daun bawang.
  3. Selepas itu, masukkan serbuk lada hitam kasar, chilli flakes dan basil.
  4. Gaul sebati semua bahan-bahan di atas.
  5. Tambahkan cooking cream, susu full cream, 1/4 butter dan masak hingga mendidih.
  6. Perasakan dengan secubit garam dan kiub pati ayam.
  7. Tutup api dan masukkan lala yang sudah siap dimasak ke dalam bekas. (Nota: Guna bekas yang sesuai untuk dimasak dalam ketuhar).
  8. Taburkan daun bawang, serbuk lada hitam, basil, chilli flakes dan kepingan keju cheddar di atasnya.
  9. Panaskan ketuhar pada suhu 210 darjah.
  10. Bakar selama 15 hingga 20 minit.
  11. Lala Mentega Bersama Krim siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of indoor

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food and indoor
Kredit Foto: Nurul Ateekah

Sumber: Facebook Nurul Ateekah 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes