Seafood Netizen Udang

Resepi Masak Udang Mayo Viral – Rasa Masam, Manis & Pedas Menyengat!

Resepi Masak Udang Mayo Viral – Rasa Masam, Manis & Pedas Menyengat!
Jawatan Kosong baker & pastry

Dah bosan asyik makan sambal dan udang masak lemak? Pernah tak anda terfikir untuk campurkan mayonis dan udang? Sekali dengar memang pelik tapi belum cuba, belum tahu.

BACA: Resepi Udang Mentega Telur Masin Terlajak Sedap

Apa kata untuk juadah berbuka hari ni, anda ikuti resepi mudah tapi ‘mengancam’ oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ni. Yang best lagi, sos mayonis digunakan sebagai bahan ‘penyedap’ rasa tau. Dimakan pula dengan nasi panas, tekstur masam, manis dan pedas tu memang menyengat habis! Selamat mencuba.

May be an image of food

Resepi Udang Mayo Viral

Bahan-bahan:

  • 10 ekor udang (saiz besar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 hingga 3 sudu besar mayonis
  • 1 batang daun bawang
  • 1 hingg 2 biji limau kasturi
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • Garam
  • Gula

Cara memasak: Udang

  1. Kupaskan kulit udang terlebih dahulu.
  2. Kemudian, gaulkan bersama telur, garam dan serbuk lada hitam.
  3. Setelah itu, buatkan campuran tepung gandum, tepung jagung serta garam.
  4. Ambil udang dan golekkan dalam tepung. (Nota: Pastikan salutan tepung sama rata).
  5. Masukkan udang tersebut ke dalam minyak panas hingga udang bertukar merah dan tepung menjadi rangup.

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

Cara memasak: Sos Viral

  1. Tumis bawang putih sehingga baik bau.
  2. Kemudian, masukkan pes cili kisar.
  3. Tumis sampai pecah minyak.
  4. Tambah garam dan gula.
  5. Perahkan limau kasturi. (Nota: Masukkan sekali kulit supaya ada rasa zesty!).
  6. Tambahkan mayonis ke dalam sos.
  7. Kacau sekejap sebelum tutupkan api.

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

May be an image of food

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook