Mee Netizen

Resepi Mi Jawa Simple Tapi Menyelerakan, Cun-Cun Je Rasanya!

Resepi Mi Jawa Simple Tapi Menyelerakan, Cun-Cun Je Rasanya!
Jawatan Kosong baker & pastry

Malaysia memang sangat terkenal dengan pelbagai juadah yang lazat. Dari Timur ke Selatan, ada sahaja makanan unik tradisi dari negeri masing-masing. Apa kata hari ni, anda cuba masak Mi Jawa yang simple tapi menyelerakan ini?

BACA: Wow! Tak Sangka Senang Buat Mi Tarik Di Rumah, Hanya Guna 4 Bahan Saja

Pasti terbayang keenakan kuahnya yang pekat kan? Aroma juadah serta tekstur manis hasil daripada ubi keledek yang dikisar memang boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja. Istimewanya, isi ayam diguna untuk gantikan daging dalam hidangan padu ni. Jom ikuti resepi perkongsian oleh Puan Mieyza yang cun-cun je rasanya!

May be an image of food

Resepi Mi Jawa

Bahan-bahan: Kuah Mi Jawa

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Ubi keledek
  • Ubi kentang
  • Serbuk kari
  • Air rebusan ayam
  • Santan

May be an image of food and indoor

Bahan hiasan

  • Cili
  • Limau
  • Sawi (dicelur)
  • Telur (direbus)
  • Tauge (dicelur)
  • Isi ayam (direbus)
  • Bawang goreng

Bahan-bahan: Bawang Goreng

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Tepung jagung
  • Garam

May be an image of food and indoor

Cara memasak: Kuah Mi Jawa

  1. Panaskan air di dalam periuk dan rebus ayam hingga masak.
  2. Kemudian, keluarkan dan potong kecil isi ayam tersebut. (Nota: Jangan buang air rebusan).
  3. Campurkan serbuk kari bersama sedikit air di dalam mangkuk kecil yang berasingan.
  4. Rebuskan kentang dan keledek hingga lembut.
  5. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, lengkuas, serai, serbuk kari, air rebusan ayam, santan, kentang dan ubi keledek yang direbus.
  6. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga,  kayu manis dan daun pandan.
  7. Masukkan bahan yang dikisar bersama pes kari dan tumis hingga naik bau.
  8. Tambahkan air rebusan ayam dan santan.
  9. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
  10. Kacau seketika dan tutupkan api.

May be an image of indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food

No photo description available.

May be an image of food and indoor

May be an image of food

May be an image of food and indoor

Cara memasak: Bawang Goreng

  1. Hiriskan bawang merah dan bawang putih hingga nipis.
  2. Asingkan bawang merah dan bawang putih di dalam 2 bekas berasingan.
  3. Campurkan dengan tepung jagung dan sedikit garam.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali.
  5. Goreng bawang merah terlebih dahulu.
  6. Apabila sudah garing, angkat dan ketepikan.
  7. Gunakan minyak yang sama, gorengkan bawang putih hingga garing.
  8. Angkat dan toskan minyak.

May be an image of food and indoor

May be an image of chow mein and indoor

May be an image of food

Cara penyediaan:

  1. Celurkan mi di dalam air panas.
  2. Kemudian, angkat dan toskan.
  3. Letakkan mi dalam mangkuk kaca bersama sayuran, isi ayam dan telur rebus.
  4. Tuangkan kuah dan tabur bawang goreng di atasnya.
  5. Mi Jawa siap untuk dimakan. Selamat mencuba!

May be an image of food

Sumber: Facebook Mizs Mieyza via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook