Mee Netizen

Resepi Mi Kari Chinese Style, Sedap ‘Dilawankan’ Dengan Sambal Padu

Resepi Mi Kari Chinese Style, Sedap ‘Dilawankan’ Dengan Sambal Padu
Jawatan Kosong baker & pastry

Sebut saja Mi Kari, kita sudah terbayangkan kelazatan kuah yang dipenuhi dengan bahan seperti tauhu kering, fish cake, fish ball dan isi ayam. Kalau beli di bazar, selalu dapat kuah cair bersama isi yang hanya boleh dikira pakai jari. Harga pun boleh tahan mahal tak padan dengan portion wey.

BACA: Laksa Siam Sedap Memikat, Semudah 123 Dah Boleh Siap Untuk Berbuka Puasa

Yang sedapnya mi ni sebab ia ‘dilawankan’ dengan sambal padu dan kuah yang pekat. Memang terangkat, beb! Apa kata untuk menu berbuka hari ni, anda cuba resepi Mi Kari Ala Chinese daripada Puan Julieta. Confirm puas hati!

May be an image of food

May be an image of chow mein

Resepi Mi Kari Chinese Style

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mee  (dicelur)
  • 3 biji bawag besar (dikisar)
  • 3 ulas bawag putih (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 batang serai  (diketuk)
  • 2 bungkus kecil serbuk kari daging
  • 1 mangkuk kecil cili kisar
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 mangkuk besar santan segar
  • Tauhu kering
  • Fish cake 
  • Fish ball
  • Segenggam cili kering

Bahan-bahan: Hiasan

  • Telur rebus
  • Taugeh (dicelur)
  • Sawi (dicelur)
  • Sambal
  • Limau nipis
  • Kacang panjang (dicelur)

Cara memasak: Kuah Kari

  1. Pertama sekali, panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
  2. Apabila minyak sudah panas, tumiskan serai sekejap.
  3. Kemudian, masukkan semua bahan yang telah dikisar.
  4. Masak hingga naik bau dan tambahkan rempah kari yang telah dicampur dengan cili kisar.
  5. Tumis sehingga pecah minyak.
  6. Kemudian, masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak.
  7. Setelah itu, masukkan santan segar dan asam keping. (Nota: Sukatan santan ikut citarasa kepekatan kuah anda).
  8. Tunggu sehingga kuah mendidih.
  9. Perasakan dengan garam dan gula.
  10. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball.
  11. Biar hingga kuah mendidih dan menyerap ke dalam tauhu kering.
  12. Tunggu 5 minit dan boleh tutupkan api.

May be an image of food

Cara memasak: Sambal

  1. Rebuskan segenggam cili kering sehingga kembang.
  2. Kemudian, angkat dan toskan.
  3. Kisarkan bersama 1 biji bawang besar.
  4. Selepas itu, panaskan kuali bersama minyak masak.
  5. Tumis hingga pecah minyak.
  6. Perasakan dengan garam secubit gula.

Cara penyediaan :

  1. Letak mi, sayur celur serta sambal ke dalam mangkuk mengikut citarasa anda.
  2. Mi Kari Chinese Style siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of food

Sumber: Facebook Cik Puan Julieta via MasaApHari Ni.. (MAHN)

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram