snek

Resepi Milo Rice Bar Berbadam,Penyedap Selera Sepanjang Bekerja Dari Rumah

Resepi Milo Rice Bar Berbadam,Penyedap Selera Sepanjang Bekerja Dari Rumah

Sepanjang musim bekerja secara online di rumah ni, mesti ramai yang mahu mengunyah makanan atau snek yang sedap-sedap kan? Tapi, ada kalanya tak cukup bajet, nak beli online pun kadang-kadang kena tunggu lama baru sampai. Jadi, apa kata anda cuba resepi homemade Milo Rice Bar Berbadam ni?

Bukan sahaja tekstur yang rangup dan bercoklat, kaedah membuatnya juga sangat mudah. Kalau nak sesuaikan untuk santapan anak-anak, boleh kurangkan sedikit bahan seperti susu atau mentega. Selamat mencuba!

Resepi Milo Rice Bar Berbadam

Bahan-bahan

  • 90 gm mentega
  • 1 cawan serbuk Milo
  • 120 gm marshmallow
  • 100 gm bertih beras
  • 15 gm susu pekat
  • 30 gm badam (dihancurkan)
  • 100 gm coklat putih
  • 2 sb minyak jagung
  • 50 gm coklat susu coin

Cara memasak

  1. Cairkan mentega pada suhu sederhana. Kemudian, masukkan susu pekat dan kacau sebati.
  2. Tambahkan serbuk Milo dan teruskan mengacau sehingga sebati.
  3. Masukkan pula marshmallow dan kacaunya hingga cair.
  4. Kemudian, masukkan bertih beras dan badam yang telah dihancurkan.
  5. Kacau seketika dan tuangkan campuran tersebut ke dalam loyang empat segi yang telah dialas baking paper. Tekan sedikit supaya campuran menjadi padat dan biarkan seketika.
  6. Seterusnya, cairkan coklat putih di dalam microwave selama 30 saat. Keluarkan dan tambahkan minyak jagung. Kacau seketika dan masukkan semula ke dalam microwave sehingga semuanya larut.
  7. Tuangkan coklat putih ke atas permukaan rice bar yang telah set. Selepas itu, taburkan kepingan badam di atas. Biarkan coklat putih set sepenuhnya.
  8. Cairkan pula coklat susu coin sehingga larut dan corakkan di atas permukaan coklat putih menggunakan piping bag. Biarkan set di dalam peti ais.
  9. Keluarkan Milo Rice Bar daripada loyang dan potong mengikut saiz kesukaan masing-masing.
  10. Milo Rice Bar Berbadam siap untuk dihidangkan.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes