Minuman

Resepi Mudah Air Soda Laici Lemon

Jawatan Kosong baker & pastry

Air soda laici lemon merupakan minuman yang cukup famous pada bulan puasa tau. Asal masuk bulan puasa saja, pasti banyak gerai di bazar Ramadhan akan menjual air sedap ini. Rasanya yang masam, manis, serta refreshing memang cukup kick dan membuatkan rasa dahaga tekak terus hilang. Nak tunggu bulan puasa pun lama lagi, apa kata anda buat sendiri di rumah.

Bahan-bahan untuk membuat air ini pun cukup mudah untuk didapati. Sukatan bahan tu bolehlah korang adjust sendiri sesuai dengan citarasa masing-masing. Yang paling penting, kurangkan gula dalam minuman kita tapi lebihkan manis pada senyuman. Ha gituuuu. Selamat mencuba semua.

Air Soda Laici Lemon

Bahan-bahan

  • 3 sb gula
  • 100 ml air panas
  • 1 tin laici
  • daun pudina
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 biji lemon (hirisan, perah)
  • 350 ml air soda berkarbonat
  • ais batu (secukupnya)

Cara penyediaan

  1. Masukkan gula ke dalam jag dan tuangkan air panas. Kacau sehingga gula larut.
  2. Hiriskan lemon dan masukkan serai yang diketuk, daun pudina, laici, air soda berkarbonat, 2 hirisan lemon dan 1/2 lemon diperah.
  3. Masukkan ais batu, minuman berkarbonat dan minuman siap untuk dihidangkan.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook