Kuih Muih

Resepi Mudah Apam Mekar Tembikai Homemade, Enak & Gebu Menawan Hati

Jawatan Kosong baker & pastry

Apam Mekar atau Apam Kukus merupakan juadah yang amat mudah untuk disediakan dengan bahan asas seperti tepung, gula dan telur. Istimewanya, resepi ini bukan saja menghasilkan tekstur Apam Mekar yang gebu malahan bercorak seakan-akan buah tembikai sebenar. Anak-anak mesti suka kalau dihidangkan kuih comel ni!

Adunan resepi ini mampu menghasilkan 10 biji apam bergantung kepada saiz acuan yang digunakan. Selain hidangan minum petang, boleh juga dijadikan sebagai dessert potluck! Jadi, mari cuba resepi Apam Mekar Tembikai ni sekarang juga!

Resepi Apam Mekar Tembikai

Bahan-bahan

  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula kastor
  • 1 biji telur (A)
  • 100 ml susu segar
  • 1 sk ovalet
  • 1 sk esen vanila
  • 3 sb coklat urai
  • pewarna makanan (merah, hijau)

Cara memasak

  1. Dengan menggunakan mesin pengadun, pukul telur, gula kastor, esen vanila dan ovalet sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung gandum dan susu segar. Gaul sebati menggunakan teknik kaup-balik.
  3. Kemudian, ambil sebahagian adunan dari bekas pengadun dan bahagi kepada tiga mangkuk.
  4. Tambahkan pewarna hijau dalam satu daripada adunan dalam mangkuk tadi, kacau sebati dan satu lagi mangkuk biarkan berwarna putih.
  5. Untuk lebihan adunan di dalam bekas pengadun, tambahkan pewarna merah dan kacau sebati.
  6. Masukkan coklat urai dan kacau sekali lagi sehingga rata.
  7. Setelah itu , sendukkan adunan merah ke dalam acuan kek cawan diikuti dengan adunan putih di tengah dan adunan hijau di atas.
  8. Akhir sekali, celupkan pencungkil gigi ke dalam pewarna hijau.
  9. Lorekkan pada bahagian atas adunan dengan garis menegak serta melintang untuk menghasilkan corak tembikai.
  10. Kukus pada api tinggi selama 10 minit.
  11. Apam Mekar Tembikai siap untuk dihidangkan.

link youtube video

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook