Ayam Geprek merupakan hidangan yang didatangkan khas dari negara jiran. Rasanya begitu mantap sekali dengan gabungan ayam goreng bersama sambal gesek di atasnya. Walaupun tekstur luarnya rangup, tapi isi di dalam kekal juicy!
BACA: Resepi Simple Ayam Goreng Vietnam Style, Sedap Diratah Begitu Sahaja
Selagi tak berpeluh bila makan, selagi itulah tangan tak berhenti ceduk sambal. Baru terangkat! Sebagai juadah hujung minggu, apa kata anda masak Ayam Geprek untuk keluarga tercinta? Jangan risau, ikut saja resepi dikongsi oleh Dr. Kamarul Ariffin ini kerana cara penyediaannya tak renyah pun.
Resepi Ayam Geprek
Bahan-bahan: Ayam Goreng
- Ayam (bahagian peha)
- 1 cwn tepung gandum
- 1 cwn tepung jagung
- 1 s.b. serbuk paprika
- 1 s.b. serbuk kunyit
- 1 s.b. serbuk ketumbar
Bahan-bahan: Sambal Gesek
- 2 biji cili merah
- 5 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- 1 genggam kacang gajus
- 1 s.k. minyak bijan
- Sedikit gula dan garam
- 2 biji limau kasturi
Cara memasak: Ayam Goreng
- Pertama sekali, cucikan ayam hingga bersih.
- Kemudian, campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk paprika, serbuk kunyit, jintan dan garam.
- Bedakkan ayam di dalam campuran tepung.
- Selepas itu, celupkan ayam di dalam air sejuk.
(Nota: Anda juga boleh gantikan dengan telur). - Bedakkan semula di dalam campuran tepung hingga menyaluti keseluruhan isi ayam.
- Panaskan minyak di dalam kuali dah goreng ayam selama 10 minit.
- Apabila ayam bertukar warna keperangan, angkat dan toskan ia.
Cara membuat: Sambal Gesek
- Gorengkan cili merah, cili padi, bawang putih dan kacang gajus di dalam minyak panas seketika.
- Kemudian, tumbuk dan gesek bahan yang digoreng.
(Nota: Tak perlu tumbuk hingga hancur). - Perasakan dengan garam, gula dan sedikit minyak bijan.
- Kacau rata dan perahkan limau kasturi di atasnya.



Cara penyediaan:
- Letakkan ayam yang digoreng di atas pinggan kaca.
- Tambahkan sambal gesek di atasnya.
- Ayam Geprek siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi