Setiap kali menjelang lebaran, Biskut Mazola antara kudapan wajib yang akan dicari ramai. Mana taknya, setiap gigitan memang nikmat bila biskut yang rapuh tu berderai kat dalam mulut! Cara nak hasilkan biskut ni pun sangat mudah kerana tak perlu gunakan mixer dan tumbuk kacang, gaul-gaul dah jadi.
BACA: Kembalikan Nostalgia Raya, Ini Resepi Mudah Biskut Lejen Mama Carey!
Flavour masin yang ditambah oleh kacang dan sedikit peanut butter berikan pengalaman yang mengasyikkan bila dimakan. Bagi yang tiada idea untuk raya nanti, jom ikuti perkongsian Puan Azlina Ina yang hanya gunakan sukatan cawan saja. Lebih jimat kalau buat sendiri, kan?
Resepi Biskut Mazola
Bahan-bahan:
- 160g peanut butter
- 1 cwn gula halus (Nota: Boleh mengikut tahap kemanisan yang anda suka)
- 1/2 cwn susu tepung biasa
- 1 cwn tepung jagung
- 3 cwn tepung gandum
- 3/4 cwn minyak masak biasa
- Kacang shandong (dibelah 2) (Nota: Boleh tukarkan apa-apa jenis kacang mengikut citarasa anda)
Cara memasak:
- Pertama sekali, campurkan 1 cawan gula halus, 1/2 cawan susu tepung biasa, 1 cawan tepung jagung dan 3 cawan tepung gandum.
- Tambahkan 160g peanut butter dan gaul hingga sebati.
- Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
- Kemudian, bentukkan ia menjadi bulat yang kecil.
- Sapukan kuning telur dan letakkan kacang shandong di atas permukaannya.
- Bakar pada suhu 170 dalam 25 minit.
- Apabila biskut sudah sejuk, boleh susunkan ke dalam bekas kedap udara.
- Biskut Mazola siap untuk dimakan. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Azlina Ina Fans
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi