Mee Netizen

Resepi Mudah Char Kuey Tiaw, Kuah Pekat Confirm ‘Menyegat’ Habis!

Resepi Mudah Char Kuey Tiaw, Kuah Pekat Confirm ‘Menyegat’ Habis!
Jawatan Kosong baker & pastry

Kelazatan Char Kuey Tiaw memang tidak dapat disangkal lagi, sebab itulah ia popular sebagai antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Bukan setakat sekejap boleh siap, tekstur pekat kuahnya bila dihidang panas memang bikin terliur jadinya!

BACA: Mi Segera Asam Laksa Homemade, Confirm Sedap Sampai Menjilat Mangkuk!

Tapi, kalau masak sendiri dekat rumah susah nak dapatkan hasil yang sama seperti di kedai. Jom ikut resepi mudah daripada saudari Liza Idris ni. Istimewanya, kepala udang akan dikisar untuk dapatkan pati asli yang ‘kick‘ dan ‘sebijik’ seperti di kedai. Gerenti sedap dan padu, beb. Jom kita mula!

May be an image of food

Resepi Char Kuey Tiaw

Bahan-bahan:

  • 15 ekor udang
  • 2 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 4 s.b cili kisar
  • 1 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 10 s.b kicap manis
  • 2 s.b sos tomato
  • 2 s.b sos tiram
  • 1 s.b petis udang
  • 2 s.b sos ikan
  • 2 s.b gula
  • Sedikit garam
  • 1 paket kuey tiaw
  • 1 biji telur
  • Tauge
  • Kucai

May be an image of food and indoor

Cara membuat: Pati Udang

  1. Kisarkan bawang besar bersama bawang putih dan ketepikan terlebih dahulu.
  2. Rebuskan udang  dalam 5 hingga 10 minit.
  3. Angkat udang yang dah direbus dan ketepikan air rebusan.
  4. Asingkan bahagian kepala udang yang direbus dan kisar bersama sedikit air rebusan tadi.
  5. Kemudian, tapis untuk dapat pati udang.
  6. Campur pati udang ke dalam air rebusan itu semula.

May be an image of food and indoor

May be an image of food

No photo description available.

May be an image of indoor

Cara membuat: Kuah Char Kuey Tiaw

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bawang yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau sampai pecah minyak.
  3. Tambahkan kicap manis, sos tiram, sos tomato dan kacau hingga sekata.
  4. Masukkan kiub pati ikan bilis bersama sos ikan.
  5. Tambahkan 1 1/2 sudu besar pati udang, gula dan sedikit garam.
  6. Tutupkan api dan tunggu kuah sejuk sebelum isi di dalam bekas.

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

No photo description available.

May be an image of food
May be an image of food

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. (Nota: Gunakan api yang paling besar).
  2. Masukkan 2 ekor udang yang sudah direbus.
  3. Tambahkan 4 senduk besar kuah yang dibuat tadi.
  4. Masukkan segenggam kuey tiaw.
  5. Tambahkan tauge dan kucai.
  6. Pecahkan sebiji telur dan kacau selama 3 saat.
  7. Char Kuey Tiaw siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of crustacean and food

May be an image of food and indoor

May be an image of food

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram