Lauk Nasi Netizen

Resepi Mudah Daging Masak Singgang, Hirup Kuahnya Tak Cukup Sepinggan!

Resepi Mudah Daging Masak Singgang, Hirup Kuahnya Tak Cukup Sepinggan!
Jawatan Kosong baker & pastry

Singgang ni sesuai sangat dibuat kalau dah sampai mood malas nak masak. Walaupun lauk yang sinonim dengan orang Kelantan ni hanya menggunakan bahan-bahan simple, tapi dia punya kesegaran kuah memang uuummmpphhh! Bukan ikan atau ayam saja, rupanya daging pun boleh dimasak sebagai lauk singgang.

BACA: Mi Kuah Daging Kuah Pekat Kaw Kaw, Makan Panas-Panas Memang Layan Habis!

Apa yang buat aromanya menjadi sedap, of course kuah rebusan daging ditambah dengan bahan tumisan lain. Kalau makan dengan budu, memang tak pandang kiri kanan! Hari ni, kami ingin kongsikan resepi sedap daripada Puan Sue Shuk. Nak masak untuk sahur pun boleh, anak-anak pasti berselera!

May be an image of food

Resepi Daging Singgang

Bahan-bahan:

  • Daging (Nota: Boleh potong mengikut citarasa sendiri)
  • Air secukupnya
  • 3 biji bawang besar (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1/2 sudu besar ketumbar (ditumbuk kasar)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 inci lengkuas (dihiris)
  • 3 tangkai cili kering (dipotong tiga)
  • 3 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

May be an image of food and indoor

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, rebuskan daging bersama halia, lengkuas, bawang putih, ketumbar dan asam keping sehingga empuk.
  2. Kemudian, boleh masukkan bawang besar dan sedikit garam.
  3. Didihkan daging seketika sebelum diangkat.
  4. Daging Singgang siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
(Nota: Boleh tambahkan juga 1 sudu budu mengikut citarasa anda).
May be an image of food
No photo description available.
May be an image of food

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook