Pencuci Mulut Netizen

Resepi Mudah French Toast Roll Coklat Strawberi, Meleleh Air Liur Tengok!

Resepi Mudah French Toast Roll Coklat Strawberi, Meleleh Air Liur Tengok!
Jawatan Kosong baker & pastry

Hidangan pencuci mulut yang manis tapi ringan memang selalu jadi kegemaran ramai. Akan tetapi, mesti ada yang berpendapat macam leceh kalau nak buat di rumah. Hari ni, kami ingin kongsikan resepi French Toast Roll Coklat Strawberi yang mudah oleh Puan Nurul Ateekah. Confirm meleleh air liur dan paling best boleh dimasak bila-bila masa.

BACA: Hanya Guna 5 Bahan Saja, Begini Rupanya Cara Buat Rainbow Saltcheesekut

Hanya dengan menggunakan beberapa bahan mudah, anda boleh nikmati dessert ala-ala hotel 5 bintang ni. Gabungan rasa manis coklat cair dan masam buah strawberry memang ngam soi! Bila dah expert, silap-silap boleh dijual buat side income juga.

May be an image of strawberry and indoor

Resepi French Toast Roll Coklat Strawberi

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Kepingan coklat
  • Susu kotak
  • 1/2 sudu serbuk kayu manis
  • Vanilla extract
  • 1 cawan susu
  • 1 biji telur
  • 1 s.k. butter
  • Buah strawberry
    (Nota: Boleh tukar buah lain ikut citarasa anda)
  • Gula

Cara memasak:

  1. Campurkan susu, telur dan serbuk kayu manis ke dalam mangkuk.
  2. Gaul hingga sebati.
  3. Kemudian, potong kulit roti dan leperkan roti menggunakan penggelek.
  4. Letakkan coklat dan buah segar sebagai inti.
  5. Selepas itu, gulungkan roti tersebut dan celup di dalam campuran susu tadi.
  6. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu kecil butter.
  7. Masak roti yang dicelup sehingga bertukar warna keperangan. (Nota: Masak menggunakan api sederhana).May be an image of food and indoor

May be an image of food

May be an image of food and indoor

May be an image of food and indoor

May be an image of food

May be an image of food

Cara penyediaan:

  1. Campurkan 2 sudu gula dan serbuk kayu manis ke dalam mangkuk.
  2. Ambil roti yang dimasak dan gaulkan bersama campuran tadi.
  3. Akhir sekali, taburkan gula dan potongan buah.
  4. French Toast Roll Coklat Strawberi siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of indoor

May be an image of food

May be an image of strawberry, icing sugar and indoor
Kredit Foto: Nurul Ateekah

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes