Minuman Netizen

Resepi Mudah Mango Float Oreo, Penyejuk Tekak Di Kala Cuaca Panas!

Resepi Mudah Mango Float Oreo, Penyejuk Tekak Di Kala Cuaca Panas!
Jawatan Kosong baker & pastry

Bila sebut saja buah mangga, pelbagai jenis minuman dan desserts yang boleh terhasil daripadanya. Nikmatnya tidak dapat dinafikan, lebih-lebih lagi pada waktu cuaca Malaysia yang agak terik sejak kebelakangan ni. Gabungan mangga yang dikisar bersama ais, ditambah pula dengan aiskrim pasti dapat melegakan tekak sesiapa sahaja.

BACA: Jom Basahkan Tekak Dengan Air ‘Detox’ Sirap, Sangat Mudah & Menyegarkan!

Bimbang tak dapat nak pergi ke kedai untuk beli masa PKP ni? Oleh itu, kami ingin kongsi cara mudah hasilkan Mangga Float Oreo oleh saudari Qasey Honey. Bahan yang diperlukan pun tak banyak dan mudah dijumpai di pasaraya. Alamak, dah meleleh air liur ke tu? Tunggu apa lagi, jom kita mula!

Resepi Mudah Mango Float Oreo, Penyejuk Tekak Di Kala Cuaca Panas!
Kredit foto: Qaseyhoney

Resepi Mango Float Oreo

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah mangga segar
  • Air secukupnya
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit ais batu
  • Aiskrim perisa oreo
    (Nota: Anda boleh guna perisa aiskrim lain mengikut citarasa sendiri)

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, kupaskan kulit mangga dan potong berbentuk dadu.
  2. Kemudian, masukkan mangga yang dipotong, air secukupnya, 1 sudu besar gula dan sedikit ais batu di dalam pengisar.
  3. Kisarkan sehingga semua bahan hancur.
  4. Selepas itu, tuangkan di dalam gelas kaca yang tinggi.
  5. Ambil aiskrim perisa oreo dan sudukan di atas jus mangga.
  6. Mangga Float Oreo siap untuk diminum. Selamat mencuba!
@qaseyhoney

#manggofloat ala klebang #seleraramadan #ramadanmubarak #tiktokguru #fyp #foryou #tiktokmalaysia

♬ Ramadan – WavebeatsMusic

Sumber: Intagram & Tiktok qaseyhoney

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook