Appertizer Sayur

Resepi Mudah Popia Bergedil Rangup & Sambal Kicap Pedas ‘Terangkat’

Jawatan Kosong baker & pastry

Dulu pernah viral resepi Tauhu Bergedil, sekarang ada pula Popia Bergedil. Bayangkan kulit luarnya yang rangup bersama isian bergedil yang padat gila. Fuhhh, pasti tak cukup satu! Punyalah senang nak buat, korang beli je kulit popia biasa kat pasaraya. Inti pula ikut suka nak pilih apa. Nak versi sihat? Tambahkan lebih banyak sayur.

Bagi yang belum pernah cuba resepi Popia Bergedil Rangup ni, bolehlah buat untuk kudapan minum petang. Sambil-sambil mengunyah tu, cicah pula dengan sambal kicap pedas. Pasti ‘terangkat’, memang patut cuba!

Resepi Popia Bergedil & Sambal Kicap

Bahan-bahan (Popia Bergedil)

  • 6 biji ubi kentang (direbus)
  • 3 tangkai daun bawang (dipotong)
  • daun sup (dipotong)
  • 1 btg lobak merah (dipotong dadu)
  • 3 biji bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • 2 tangkai cili merah (dipotong)
  • garam (secukup rasa)
  • 1 sk lada sulah
  • 1 bij telur
  • 2 sb tepung gandum + 1 sb air (gam)
  • 1 sk serbuk perasa

Bahan-bahan (Sambal Kicap)

  • segenggam cili padi hijau
  • 3 ulasĀ  bawang putih
  • garam (secukup rasa)
  • 2 sb gula perang
  • 1 mangkuk kicap manis

Cara memasak

  1. Popia Bergedil: Rebus ubi kentang sehingga empuk dan lenyekkan.
  2. Masukkan lobak merah, bawang merah, bawang putih, daun bawang, daun sup, dan cili merah.
  3. Masukkan sebiji telur kemudian perasakan dengan garam, lada sulah dan serbuk perasa.
  4. Gaul sebati dan bentukkan inti menjadi bujur.
  5. Lipat kulit popia kepada dua bahagian dan letakkan inti di tengah-tengah.
  6. Gulung kemas dan gamkan hujung kulit popia.
  7. Kemudian, celupkan ke dalam telur dan goreng sehingga keperang-perangan.
  8. Sambal Kicap: Masukkan kicap, bawang putih, dan cili padi hijau ke dalam mesin pengisar.
  9. Perasakan dengan garam dan gula perang. Kemudian kisar sehingga halus.
  10. Popia Bergedil & Sambal Kicap sedih untuk dinikmati.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook