Kek pavlova ialah pencuci mulut berasaskan meringue (putih telur) yang sentiasa menjadi kegemaran ramai kerana manis dan sangat enak dimakan! Bahagian luarnya terasa rangup seperti kerak, manakala bahagian dalamnya pula lembut dan ringan. Ia turut sesuai dihias dengan apa saja buah-buahan, ikut citarasa masing-masing.
BACA: Bajet Tak Sampai RM10, Ini Rupaya Cara Buat Kek Coklat Karamel Yang Sedap
Kalau beli di kedai atau pasaraya, tak dinafikan harga jualannya agak mahal. So apa kata untuk idea juadah raya, ikut resepi Mini Pavlova oleh Puan Azlina Ina ini. Bentuknya yang comel pun pasti buat anak-anak dan tetamu excited! Setiap suapan pun confirm akan teringat-ingat.
Resepi Sweet Mini Pavlova
Bahan-bahan:
- 4 biji telur
- 220g gula halus
- 1 s.k. cuka
- 2 s.k. tepung jagung
- Cawan kertas
- Whipping cream
- Potongan buah segar
(Nota: Ikut pilihan dan citarasa anda)
Cara memasak: Pavlova
- Pertama sekali, asingkan putih dan kuning telur.
(Nota: Pavlova hanya gunakan putih telur sahaja). - Kemudian, pukul putih telur menggunakan mixer sehingga berbuih halus.
(Nota: Gunakan kelajuan yang sederhana tinggi). - Tambahkan gula halus sedikit demi sedikit.
(Nota: Mengikut tahap kemanisan yang anda suka). - Setelah itu, tutupkan mixer dan kaup adunan menggunalan spatula.
- Tambahkan cuka dan tepung jagung.
- Gaul hingga rata.
- Masukkan adunan ke dalam cawan kertas.
- Panaskan ketuhar pada suhu 150 darjah.
- Bakar Pavlova selama 45 minit hingga 1 jam.
(Nota: Gunakan suhu yang rendah supaya masak sekata).
Cara penyediaan:
- Pukul whipping cream menggunakan mixer sehingga kembang.
- Masukkan ke dalam piping bag dan picit di atas pavlova.
- Tambah potongan buah segar sebagai hiasan.
- Sweet Mini Pavlova siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Azlina Ina Fans
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi