Appertizer Ayam Mee

Resepi Murtabak Maggi Ayam, Ringkas Tapi Gerenti Sedap!

Jawatan Kosong baker & pastry

Kalau selalu makan mi segera cara ‘tradisional’ mesti terasa jemu kan? Sebenarnya, terdapat pelbagai juadah yang boleh dibuat daripadanya dan antara yang paling popular adalah Murtabak Maggi. Selain tak perlukan kos tinggi, bahan-bahan yang digunakan untuk hasilkan hidangan ringkas ini juga selalunya terdapat di rumah

Bagi mereka yang inginkan sedikit kelainan, bolehlah tambah juga inti lain seperti daging, ayam, sos mahupun sayuran. Barulah nampak lebih sedap dan menyelerakan! Okay, selamat mencuba guys!

Resepi Murtabak Maggi Ayam

Bahan-bahan

  • 2 bahagian dada ayam (dipotong dadu)
  • 4 peket mi segera Maggi (direbus)
  • 3 sb serbuk kari ayam
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sk lada hitam
  • 2 btg cili besar (dipotong)
  • 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • daun bawang (dicincang)
  • 3 biji telur
  • 3 sb minyak masak

*Kalau nak guna mi segera jenama lain pun boleh, yang penting perisa kari.

Cara memasak

  1. Rebus mi segera dalam air yang mendidih sehingga lembut. Setelah itu, angkat dan toskan air.
  2. Tumis daging ayam yang dipotong dadu bersama sedikit minyak sehingga masak. Ketepikan.
  3. Pecahkan telur dan pukul seketika sehingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam serta lada hitam. Pukul lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan serbuk kari ayam, bawang merah, cili merah, daun bawang, campurkan telur dan tumisan daging ayam bersama mi segera yang telah direbus.
  5. Gaul sebati sehingga bahan-bahan dicampur rata.
  6. Panaskan minyak dan masukkan campuran mi segera ke dalam kuali.
  7. Masak menggunakan api sederhana sehingga bertukar keperangan pada kedua-dua bahagian.
  8. Potong Murtabak Maggi Ayam dan lengkapkannya bersama sos cili.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook