Netizen Nasi

Resepi Nasi Beriani Kambing Guna Pressure Cooker, Gerenti Sedap & Padu

Resepi Nasi Beriani Kambing Guna Pressure Cooker, Gerenti Sedap & Padu
Jawatan Kosong baker & pastry

Tidak dinafikan, Nasi Beriani adalah antara juadah yang sedap dan terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Kalau pergi ke kedai pun, harga yang dikenakan untuk sepinggan hidangan memang agak mahal. Sebenarnya, tak susah pun nak masak sendiri sebab kita boleh gunakan pressure cooker dan hasilnya sama sedap InsyaAllah!

BACA: Resepi Kombo Nasi Tomato Ayam Masak Merah, Confirm Padu Kalah Kenduri!

Bau rempah ratus yang ditumis boleh menaikkan selera sesiapa sahaja. Ditambah pula dengan  kambing yang juicy dan lembut dimasak bersama nasi. Apa kata untuk idea menjamu tetamu di hari raya nanti, anda try resepi perkongsian daripada saudara Anas Syauqi ni. Barulah grand sikit juadah raya nanti.

May be an image of food and indoor

Resepi Nasi Beriani Kambing

Bahan-bahan:

  • 1 ½kg kambing
  • ½ kg beras basmathi
  • Tin kecil minyak sapi ghee
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1 labu bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 3 inci halia (dipotong)
  • Buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang
  • Rempah beriani
  • 1 kiub lembu
  • Susu segar

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, basuh beras basmathi dan rendamkan selama 20 minit.
  2. Kemudian, sediakan periuk nasi dan masukkan minyak sapi.
  3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  4. Bila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan 4 sudu besar rempah nasi beriani.
  5. Kemudian, masukkan tomato puree, kiub lembu dan sedikit air. (Nota: Gaulkan hingga sebati dan biarkan sehingga pecah minyak).
  6. Apabila sudah mendidih dan pecah minyak, masukkan 150ml susu segar. (Nota: Gaul dan biarkan seketika).
  7. Masukkan kambing yang sudah dicuci ke dalam bahan tumisan. (Nota: Gaul dan biarkan mendidih seketika).
  8. Tambahkan 600ml air dan gaulkan.
  9. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  10. Jika gunakan pressure cooker, anggaran masa 30 minit untuk lembutkan daging kambing.
  11. Selepas 20 minit rendaman beras, tos dan masukkan ke dalam periuk yg mendidih tadi. (Nota: Untuk beras basmathi, lebihkan air).
  12. Boleh tambahkan telur rebus dan masukkan sekali dalam periuk nasi.
  13. Nasi Beriani Kambing siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of biryani and indoor

Sumber: Facebook Anas Syauqi via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook