Nasi Netizen

Resepi Nasi Daging Utara Padu Bakhang, Menu Istimewa Pengikat Perut Suami

Resepi Nasi Daging Utara Padu Bakhang, Menu Istimewa Pengikat Perut Suami
Jawatan Kosong baker & pastry

Nasi Daging merupakan juadah popular di negeri belah Utara, terutama Kedah dan Pulau Pinang. Gabungan air rebusan daging bersama nasi yang dimasak sekali tu, memang boleh membuka selera sesiapa sahaja. Dicicah pula dengan air asam jawa untuk berikan lagi rasa pedas-pedas masam, layan habis beb.

BACA: Masakan Penuh Aroma & Menyelerakan, Ini Dia Resepi Nasi Goreng Kerabu

Jika anda sudah kekeringan idea untuk masak hidangan apa buat suami tercinta, apa kata ikut je resepi daripada Puan Dila Nordin ni. Confirm sedap bakhang! Kos untuk menyediakan menu ini pun tak mahal dan mudah dijumpai di pasaraya. Jom mula!

No photo description available.

Resepi Nasi Daging Utara

Bahan-bahan: Daging

  • 1/2kg daging
  • 2 s.b jintan putih
  • 1 s.b lada hitam
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

No photo description available.

No photo description available.

Bahan-bahan: Nasi

  • 3 pot beras (dibasuh dan direndam seketika)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 hingga 3 ulas bawang putih
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • 1 s.b minyak sapi
  • Daun pandan
  • 3/4 cawan susu cair
  • Air rebusan daging

Bahan-bahan: Air Asam Kerisik Tomato

  • 5 hingga 6 batang lada besar
  • 5 biji cili padi
  • Tomato
  • Bawang besar (dihiris halus)
  • Belacan
  • Air asam jawa

Cara memasak: Daging

  1. Kisarkan jintan putih, lada hitam, bawang besar, bawang putih dan halia hingga halus.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
  3. Masukkan daging, air dan garam.
  4. Masak hingga daging empuk dan tutupkan api. (Nota: Jangan buang air rebusan daging).

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

Cara memasak: Nasi Daging

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, minyak sapi bersama daun pandan hingga naik bau.
  2. Masukkan beras, air rebusan daging, susu cair, dan daging.
  3. Kacau rata dan pindahkan ke dalam rice cooker.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

Cara memasak: Air Asam Kerisik Tomato

  1. Kisarkan lada besar, cili padi, belacan dan air asam jawa.
  2. Tambahkan tomato dan bawang.
  3. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan air limau.
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.

Cara penyediaan:

  1. Sendukkan Nasi Daging di atas pinggan kaca.
  2. Tambahkan sedikit air asam.
  3. Nasi Daging Utara siap untuk dimakan. Selamat mencuba!

No photo description available.

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook