Mee Seafood snek Udang

Resepi Oden Viral & Sup Pedas Ala-Ala Jepun, Buat Sendiri Semudah 123

Jawatan Kosong baker & pastry

Oden adalah makanan yang sangat popular di negara Jepun dan sehingga kini, ia terus viral di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Kalau kita tengok dalam drama Korea pula, kebanyakannya mesti akan selitkan babak di mana diaorang makan Oden ni dengan sup pedas berasap-asap especially masa musim sejuk. Bayangkan dengan mee udon serta fish cake tu, memang buat kita terliur depan TV.

Oden ni ada dijual di beberapa kedai serbaneka makanan namun harganya boleh tahan mahal. Sebab itulah untuk resepi kali ini, kami akan kongsikan cara semudah 123 untuk korang buat sendiri Oden dan Sup Pedas Ala-Ala Jepun di rumah. Jom kita try resepi di bawah!

Resepi Oden Viral & Sup Pedas Ala-Ala Jepun

Bahan-bahan (Sup Pedas)

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 pkt pes asam pedas
  • 3 sb pes tomyam
  • 3 sb gula
  • 2 sb serbuk stok ayam
  • 1.5 ml air
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 batang saderi
  •  2 cwn air

Bahan-bahan (Oden)

  • mee udon
  • brokoli
  • cendawan enoki
  • sosej
  • bebola ikan
  • bebola ketam
  • kek ikan

Cara memasak

  1. Dengan menggunakan lidi sate, cucukkan kesemua bebola dan brokoli pada lidi.
  2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, lobak merah dan batang saderi bersama dua cawan air.
  3. Tuangkan bahan kisar tadi ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan pes tomyam dan pes asam pedas.
  5. Kacau seketika. Perisakan dengan gula serta serbuk stok ayam.
  6. Tuangkan air dan masak lagi sehingga air menggelegak. Kemudian, masukkan bahan-bahan oden.
  7. Masak seketika dan Oden Viral dan Sup Pedas Ala-Ala Jepun siap untuk dihidangkan.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook