Sup Netizen

Resepi Original Bakso Indonesia, Kuah ‘Power’ Bikin Hati Tergoda!

Resepi Original Bakso Indonesia, Kuah ‘Power’ Bikin Hati Tergoda!
Jawatan Kosong baker & pastry

Walaupun aslinya dari seberang, tapi Bakso merupakan hidangan lazat yang dah sekian lama sebati dengan masyarakat kita. Ia cukup sesuai untuk dimakan seisi keluarga kerana lengkap dengan bebola daging dan kuah yang power! Ditambah pula sambal cili sebagai pelengkap rasa, confirm berpeluh.

BACA: Resepi Sup Tulang Ala Siam Yang Super Sedap, Ketuk-Ketuk Bahan Dah Siap

Apa kata anda cuba perkongsian daripada Puan Fara Amirullah yang dijamin sedap ni? Menariknya, resepi ini diperolehi daripada ibunya yang memang berasal dari Indonesia tau! Aroma yang terhasil tu boleh buat orang tergoda! Haaa tunggu apa lagi? Jom mula!

No photo description available.

Resepi Bakso Indonesia

Bahan-bahan: Sup Bakso

  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 s.b. lada hitam
  • 3 helai daun salam

No photo description available.

Bahan-bahan: Bebola Daging

  • 250g daging kisar
  • 3 s.b. tepung ubi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 s.b .lada putih
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam

Bahan- bahan: Sambal Cili

  • 20 batang cili api
  • 10 batang cili padi
  • 5 batang cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 s.b. cuka epal
  • Sedikit garam

Cara memasak: Sup Bakso

  1. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam hingga halus.
  2. Kemudian, panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau.
  3. Apabila sudah naik bau, masukkan 3 helai daun salam.
  4. Tambahkan air dan perasakan dengan garam.
  5. Kacau hingga kuah mendidih dan tutupkan api.

No photo description available.

No photo description available.

Cara memasak: Bebola Daging

  1. Kisarkan daging, tepung ubi, bawang putih, lada putih, telur dan garam hingga halus.
  2. Kemudian, tuang ke dalam bekas dan uli hingga semua bahan sebati.
  3. Bulatkan ia menggunakan tangan.
  4. Selepas itu, masukkan bebola daging ke dalam sup yang dimasak tadi.
  5. Masak hingga daging bertukar empuk.

No photo description available.

No photo description available.

Cara membuat: Sambal Cili

  1. Kisarkan cili api, cili padi, cili kering, bawang putih, cuka epal dan garam hingga halus.
  2. Kemudian, tuangkan ke dalam bekas kecil.

No photo description available.

Cara penyediaan:

  1. Rebuskan bihun di dalam air panas seketika.
  2. Apabila sudah lembut, angkat dan toskan.
  3. Letakkan bihun di dalam mangkuk kaca.
  4. Tuangkan kuah bakso bersama bebola daging ke dalam mangkuk.
  5. Tambahkan sedikit sambal di atasnya.
  6. Bakso Indonesia siap untuk dimakan. Selamat mencuba!

No photo description available.

No photo description available.

Sumber: Facebook Fara Amirullah via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram