Ayam Netizen

Resepi Padu Ayam Sate Merecik, Enaknya Dicicah Bersama Kuah Kacang!

Resepi Padu Ayam Sate Merecik, Enaknya Dicicah Bersama Kuah Kacang!
Jawatan Kosong baker & pastry

Sate Ayam antara hidangan famous yang sesuai dimakan seisi keluarga. Selain hari raya, menu ini selalu dihidangkan ketika ada majlis kenduri atau juadah makan malam biasa. Hal ini kerana ia biasanya lengkap digandingkan bersama nasi impit, hirisan bawang dan kuah kacang yang ‘power’!

BACA: Buat Orang Makan Tak Berhenti, Jom Masak Wantan Goreng Ayam Bersama Udang

Jika selama ni anda selalu beli di kedai, apa kata try masak sendiri di rumah? Ikut je resepi padu daripada Puan Siti Norizan ni. Selain dapat berjimat, teksturnya juga ‘gerenti’ sedap sampai meraih beribu shares di Facebook!

No photo description available.

Kuah Kacang: Resepi Mudah Teman Sejati Satay - Butterkicap
Gambar sekadar hiasan

Resepi Sate Ayam Merecik

Bahan-bahan: Perapan Ayam

  • 1 ekor ayam
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 batang serai
  • 2 keping gula melaka (dihiris halus)
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 s.k. garam
  • 4 s.k. serbuk kunyit
  • 3 s.b. serbuk jintan manis

Bahan-bahan: Kuah Kacang

  • 1 ½ cawan kacang tanah
  • 3 s.b. cili kisar
  • 2 labu bawang besar
  • 2 inci halia
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 keping gula melaka
  • 1/2 cwn gula
  • Sedikit garam
  • 3 cawan air
  • 1 kotak santan
  • Asam keping

Cara membuat: Sate Ayam

  1. Cucikan ayam hingga bersih. Ambil bahagian isi dan kulit sahaja.
  2. Potongkan isi ayam dan kulit berbentuk dadu dan letakkan di dalam bekas besar.
  3. Kemudian, kisarkan bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
  4. Campurkan bahan yang dikisar ke dalam bekas berisi ayam.
  5. Tambahkan gula melaka, gula, garam, kunyit dan serbuk jintan manis.
  6. Gaul hingga semua bahan menyaluti isi ayam.
  7. Perapkan selama semalaman di dalam peti ais.

No photo description available.

No photo description available.

Cara memasak: Sate Ayam

  1. Keluarkan isi ayam yang diperap dan cucuk menggunakan lidi.
  2. Tuangkan lebihan air perapan ke dalam mangkuk kecil bersama minyak masak.
    (Nota: Untuk renjiskan ketika bakar nanti).
  3. Bakar isi ayam selama 5 minit.
  4. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.

No photo description available.

Cara memasak: Kuah Kacang

  1. Sangaikan kacang tanah di dalam kuali seketika.
  2. Kemudian, buangkan kulit dan kisar separa halus.
  3. Tuang di dalam bekas.
  4. Kisarkan pula bawang besar dan halia hingga halus.
  5. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis cili, serai bersama bahan yang dikisar hingga naik bau.
  6. Masukkan kacang dan gaul rata.
  7. Tambahkan air dan masak hingga kuah mendidih. (Nota: Gunakan api perlahan).
  8. Masukkan santan, gula melaka, gula, garam dan asam keping.
  9. Masak hingga kuah menjadi pekat dan tutupkan api.

No photo description available.

Cara penyediaan:

  1. Ambilkan sate ayam dan letak di atas pinggan kaca.
  2. Tuangkan kuah kacang di atasnya.
  3. Sate Ayam Merecik siap untuk dimakan. Selamat mencuba!

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook