Khas bagi golongan ibu di luar sana yang mungkin dah bosan dengan hidangan berasaskan buah tempatan, apa kata cuba buat pai epal pula? Berbeza dengan bentuk jenis pai klasik, resepi kali ini lebih tertumpu pada bentuk rectangle yang lebih mudah untuk dihasilkan serta dimakan. Malah, teksturnya juga akan menjadi lebih rangup dan flaky ketika dibakar serta inti epalnya pun terasa lebih pekat.
Selain itu, ia juga lebih sedap kalau digandingkan dengan pemanis lain seperti ice cream atau whip cream. Bayangkan saja pun dah terasa sedapnya. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba semua.
Resepi Pai Epal Rapuh Dan Lazat
Bahan-bahan
- 5 biji epal hijau (dipotong dadu)
- 2 sb serbuk kayu manis
- 1 btg kayu manis
- 5 sb gula perang
- 3 sb mentega
- 2 sk tepung jagung
- 2 sk air
- kulit puff pastri
- 1 biji telur
- 1 sk garam
Cara memasak
- Inti Epal: Kupas kulit epal hijau dan potong menjadi bentuk dadu. Rendamkan ke dalam air dan ketepikan.
- Cairkan mentega pada suhu sederhana kemudian masukkan serbuk kayu manis dan epal hijau.
- Masak seketika hingga sedikit layu dan masukkan gula perang, garam dan kayu manis.
- Kacau sekata dan masukkan campuran air dan tepung jagung.
- Kacau sedikit hingga sebati dan sejukkan.
- Kemudian, taburkan tepung jagung dan rollkan puff pastri.
- Selepas itu, letakkan inti di tengah-tengah dan gamkan keliling puff pastri dengan sedikit air.
- Rapatkan dan kelim tepi puff pastri menggunakan garfu.
- Kemudian, kelar bahagian atas puff dan oleskan dengan telur.
- Bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.
- Pai epal siap untuk dihidangkan.
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi