Makaroni dan Keju (Mac and Cheese) merupakan sejenis makanan barat yang sangat diminati ramai. Gabungan keju dan susu segar menjadikan hidangan ini terasa begitu lemak-lemak berkrim. Biasanya, anak-anak memang suka sebab rasanya tak pedas langsung. Untuk orang dewasa, boleh je nak tambahkan banyak lada hitam. Nak lagi sedap, masukkan cendawan, cili flakes atau daging kisar.
Bagi ibu-ibu yang dah kekeringan idea nak masak apa untuk anak-anak, bolehlah cuba resepi Mac and Cheese ni. Cara memasaknya tak rumit pun. Pejam mata pun dah boleh siap tau. Selamat mencuba semua.
Resepi Makaroni dan Keju
Bahan-bahan
- 1 pkt makaroni
- 1 blok keju mozarella (dipotong)
- 2 sb tepung gandum
- 2 sb mentega
- 1 cawan susu segar
- 1 sk lada hitam
- garam (secukup rasa)
Cara memasak
- Rebus makaroni sehingga lembut. Angkat dan toskan.
- Di dalam periuk, cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau sebati.
- Masukkan susu segar dan keju. Kacau sehingga keju cair sepenuhnya.
- Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Kacaukan seketika. Kemudian, masukkan makaroni yang direbus.
- Kacau sebati dan sendukkan ke dalam ramekin.
- Hiaskan dengan daun parsley segar . Makaroni dan Keju Super Creamy siap untuk dihidangkan.
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi