Western Style Pasta

Resepi Makaroni dan Keju Super Creamy, Syok Masak Untuk Anak Di Rumah

Resepi Makaroni dan Keju Super Creamy, Syok Masak Untuk Anak Di Rumah

 Makaroni dan Keju (Mac and Cheese) merupakan sejenis makanan barat yang sangat diminati ramai. Gabungan keju dan susu segar menjadikan hidangan ini terasa begitu lemak-lemak berkrim. Biasanya, anak-anak memang suka sebab rasanya tak pedas langsung. Untuk orang dewasa, boleh je nak tambahkan banyak lada hitam. Nak lagi sedap, masukkan cendawan, cili flakes atau daging kisar.

Bagi ibu-ibu yang dah kekeringan idea nak masak apa untuk anak-anak, bolehlah cuba resepi Mac and Cheese ni. Cara memasaknya tak rumit pun. Pejam mata pun dah boleh siap tau. Selamat mencuba semua.

Resepi Makaroni dan Keju

Bahan-bahan

  •  1 pkt makaroni
  • 1 blok keju mozarella (dipotong)
  • 2 sb tepung gandum
  • 2 sb mentega
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sk lada hitam
  • garam (secukup rasa)

Cara memasak

  1. Rebus makaroni sehingga lembut. Angkat dan toskan.
  2. Di dalam periuk, cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu segar dan keju. Kacau sehingga keju cair sepenuhnya.
  4. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Kacaukan seketika. Kemudian, masukkan makaroni yang direbus.
  5. Kacau sebati dan sendukkan ke dalam ramekin.
  6. Hiaskan dengan daun parsley segar . Makaroni dan Keju Super Creamy siap untuk dihidangkan.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes

Welcome to Rasaflix

Install
×