Kesedapan kuih Popia Sira memang tidak dapat disangkal lagi dan ia menjadi salah satu kuih tradisional kegemaran ramai. Warna merah melekit ditaburi biji bijan tu memang boleh membuatkan sesiapa saja kecur air liur.
BACA: Resepi Mudah Popia Bergedil Rangup Sambal Kicap Pedas Terangkat
Sebenarnya, tak ramai yang tahu cara untuk mengekalkan keranggupan kulit popia. Kadang-kadang bila beli di bazar pun, intinya sikit dengan kulit yang lembik. Memang spoil betul! Jangan risau sebab hari ni, kami ingin kongsikan kepada anda resepi daripada saudara Zaky Mat Ali. Keluarga pun pasti suka!

Resepi Popia Sira Rangup
Bahan-bahan: Inti Popia
- Kobis
- Sengkuang
- Lobak merah
- Taugeh
- 9 sudu cili giling
- 10 sudu gula
- 2 sudu sos cili
- Setengah sudu garam
- Biji bijan
Cara memasak: Inti popia
- Pertama sekali, gaulkan kobis, sengkuang, lobak merah dan taugeh sehingga sebati.
- Setelah itu, letakkan inti ke atas kulit popia yang kering.
- Gulungkan dengan kemas. (Nota: Pastikan gulungan kemas untuk elakkan inti terkeuar semasa menggoreng).
- Panaskan api di dalam kuali.
- Apabila api sudah betul-betul panas, boleh masukkan popia.
- Tunggu sehingga kulit popia bertukar warna kuning keemasan, boleh tutupkan api dan angkat.

Cara memasak: Sira
- Panaskan minyak dan masukkan 9 sudu cili giling.
- Kacau sehingga garing.
- Selepas itu, tambahkan 10 sudu gula, 2 sudu sos cili dan setengah sudu garam.
- Kacaukan hingga sebati.
- Apabila sudah masak, boleh taburkan biji bijan.


Sumber: Facebook Zaky Mat Ali
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi