Lauk Netizen

Resepi Power Daging Malbari, Sesuai Dihidang Untuk Aidilfitri Anda

Resepi Power Daging Malbari, Sesuai Dihidang Untuk Aidilfitri Anda
Jawatan Kosong baker & pastry

Bila raya saja, semua mesti sibuk hidangan tipikal seperti rendanglah, ketupat tak pun kari. Cuba sekali sekala kita ubah angin dan selera? Resepi Daging Malbari, haaa bukan sahaja kedengaran unik tapi menyelerakan juga. Rempah ratus yang ditumis bersama air rebusan daging menambahkan lagi aroma dalam masakan ni. Sesuai dimakan bersama nasi mahupun roti.

BACA: Resepi Daging Masak Hitam Berempah, Pedas Padu & Berlemak Memang Onz!

Resepi kali ini dikongsikan oleh Puan Saba Natasha ni dan tengok gambarnya saja dah meleleh air liur. Tetamu pun pasti berselera nak makan kerana menu anda lain daripada yang lain. Ratah gitu pun sedap tau! Sekali makan, pasti nak lagi.

No photo description available.

Resepi Daging Malbari

Bahan-bahan kisar

  • 1 batang kecil kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 sb jintan putih
  • 2 sb jintan manis
  • Segenggam cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  •  2 biji bawang besar
  •  2 inci
  • 1kg daging (dipotong kecil)
  • 1/2 kicap manis
  • 3 bungkus kerisik

No photo description available.

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, sangai kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, jintan putih, jintan manis, cili kering, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia sehingga wangi. (Nota: Gunakan api perlahan).
  2. Kemudian, kisarkan semua bahan tersebut.
  3. Masukkan bahan kisar bersama daging.
  4. Tambahkan kicap dan perapkan daging selama 1 hingga 2 jam.
  5. Panaskan minyak ke dalam kuali.
  6. Tumis daging yang sudah diperap dan tambahkan sedikit air. (Nota: Sentiasa tambahkan air untuk bagi daging lembut).
  7. Setelah itu, masukkan kerisik, garam, gula dan air gula.
  8. Masak sehingga kuah pekat dan bersalut dengan daging.
  9. Daging Malbari siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
(Nota: Resepi ini untuk 1kg daging )
No photo description available.
No photo description available.

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook