Ibarat merasakan sensasi pelbagai jenis dessert dalam satu hidangan sama, demikianlah perkataan yang sesuai menggambarkan keenakan puding trifle. Mengandungi 3 jenis lapisan berbeza iaitu kek gulung, kastard, buah-buahan beserta agar-agar di bahagian atas, keenakannya sudah terbayang-bayang di fikiran. Mendengar namanya sahaja sudah cukup menyelerakan, jadi apa kata anda cuba buat sendiri di rumah?
Hanya memerlukan beberapa steps sahaja, dah boleh siap puding ini. Tak perlu berpenat pergi ke bakeri untuk beli mahal-mahal pun! Kalau nak tahu lebih details kena teruskan membaca resepi di bawah okey? Selamat mencuba semua.
Resepi Puding Trifle Kastard
Bahan-bahan (Lapisan Bawah)
- kek gulung pandan
- 1 tin buah koktel
Bahan-bahan (Kastard)
- 1 cwn tepung kastard
- 1/2 cwn gula
- 2 cwn susu segar
Bahan-bahan (Agar-agar)
- 1 pkt serbuk agar-agar
- 1/2 cwn gula
- 2 cwn air
- 1 sk sirap ros
Cara memasak (Kastard)
- Campurkan tepung kastard, gula, susu segar dan kacau sebati.
- Masak campuran tersebut menggunakan api sederhana sehinggga pekat dan berkilat. Ketepikan.
Cara memasak (Agar-agar)
- Campurkan serbuk agar-agar, gula dan air.
- Masak gunakan api sederhana sehingga semuanya larut sempurna.
- Masukkan esen sirap, kacau dan ketepikan.
Penyediaan
- Susun kek gulung pandan di permukaan gelas dan tekan sedikit.
- Curahkan air koktel ke seluruh permukaan.
- Tuangkan kastard dan ratakan menggunakan sudu. Sejukkan seketika.
- Letakkan buah koktel dan tuang pula larutan agar-agar. Sejukkan di dalam peti ais selama 1-2 jam.
- Puding trifle kastard siap untuk dihidangkan.
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi