Lauk Netizen

Resepi Rendang Daging Versi ‘Raya PKP’, Dijamin Sedap Giler!

Resepi Rendang Daging Versi ‘Raya PKP’, Dijamin Sedap Giler!
Jawatan Kosong baker & pastry

Tak lengkaplah hari raya kalau tiada juadah rendang di atas meja, kan? Tak kiralah rendang ayam, daging mahupun kerang, ia merupakan menu wajib setiap kali menyambut hari lebaran. Digandingkan pula dengan ketupat dan lemang, memang padu betul!

BACA: Resepi Nasi Daging Padu Style Utara, Sedapnya Bikin Terangkat Bakhang!

Memandangkan aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan, mesti ada yang rindu dengan air tangan ibu di kampung halaman. Jangan risau, kali ini kami kongsikan resepi Rendang Daging ‘PKP’ daripada saudari Liza Idris ni. Confirm sedap hingga menjilat jari. Terubatlah sikit rasa rindu walaupun terpaksa beraya di bandar.

May be an image of food
Kredit Foto: Liza Idris

Resepi Rendang Daging PKP

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • 500g daging lembu
  • 1/2 kotak santan
  • 5 s.b. cili kisar
  • 1 biji bawang besar (dipotong halus)
  • 1 s.k. jintan manis
  • 1 s.k. jintan putih
  • 1 s.k. biji ketumbar
  • 2 s.b. kerisik
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 helai daun kunyit
  • Asam keping
May be an image of food and indoor
Kredit Foto: Liza Idris

Cara memasak:

  1. Sangaikan biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih sehingga naik bau.
  2. Kemudian, tumbukkan bahan yang disangai menggunakan lesung batu dan ketepikan terlebih dahulu.
  3. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup dan serai.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar.
  5. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
  6. Selepas itu, masukkan daging dan rempah yang ditumbuk.
  7. Kacau hingga semua bahan sekata.
  8. Tambahkan daun limau purut dan asam keping.
  9. Apabila daging sudah lembut, masukkan santan dan kerisik.
  10. Perasakan dengan sedikit gula dan garam.
  11. Kacau hingga sekata.
  12. Apabila kuah sudah menggelegak, taburkan daun kunyit yang dihiris halus.
  13. Rendang Daging siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

May be an image of food

May be an image of 1 person, food and indoor

May be an image of food
May be an image of food
May be an image of food
May be an image of food
May be an image of food
May be an image of food
Kredit Foto: Liza Idris
Sumber: Facebook Liza Idris

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook