Appertizer snek

Resepi Risoles Ayam Ala Indonesia, Lembut Di Dalam & Rangup Di Luar

Resepi Risoles Ayam Ala Indonesia, Lembut Di Dalam & Rangup Di Luar

Risoles Ayam merupakan salah satu makanan ringan yang popular di Indonesia. Tapi, orang Malaysia pun suka makan bahkan boleh diubah-ubah ikut citarasa sendiri. Bukan sahaja inti ayam yang padat, bahagian luarnya memang rangup sebab digoreng dengan salutan serbuk roti. Sekali sekala best juga cuba masak makanan negara lain. Kalau menu sama saja, bosan juga!

Bagi sesiapa yang teringin nak rasa, tak perlu buang masa beli dekat luar. Buat sendiri di rumah je. Fuhhh, sekali cuba pasti nak lagi! Selamat mencuba guys.

Resepi Risoles Ayam Ala Indonesia

Bahan-bahan (Inti)

  • 1 cwn isi ayam (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 susu segar
  • 1 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 cwn sayur campur
  • garam (secukup rasa)
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1 sk tepung jagung

Bahan-bahan (Kulit Risoles)

  • 200 gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 40 gm minyak jagung
  • 1/2 sk garam
  • 2 sk gula
  • 1 cwn susu segar

Bahan-bahan (Menggoreng)

  • 2 cwn serbuk roti
  • 2 biji telur
  • minyak masak (secukupya)

Cara memasak

  1. Inti: Tuangkan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong dadu. Masak seketika.
  3. Masukkan sayur campur dan kentang. Masak sehingga lembut.
  4. Masukkan susu segar. Masak sehingga pekat.
  5. Perasakan dengan garam, lada hitam dan masukkan tepung jagung. Kemudian angkat dan ketepikan.
  6. Kulit Risoles: Campurkan tepung gandum, minyak jagung, susu segar, telur, garam dan gula.
  7. Kacau sehingga semua campuran sebati dan tidak berketul.
  8. Kemudian, oleskan minyak, tuangkan satu senduk adunan ke dalam pan dan biarkan masak pada suhu sederhana.
  9. Angkat dan letakkan inti di tengah-tengah. Lipat bahagian bawah, kiri dan kanan ke dalam dan gulung kemas.
  10. Celupkan risoles tersebut ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti.
  11. Goreng sehingga keperang-perangan.
  12. Angkat dan toskan lebihan minyak.
  13. Risoles Ayam siap untuk disajikan.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes