Netizen Roti Sarapan snek

Habiskan Sebelum Expired, Anda Wajib Cuba Resepi Roti Gulung Sardin!

Habiskan Sebelum Expired, Anda Wajib Cuba Resepi Roti Gulung Sardin!
Jawatan Kosong baker & pastry

Selalunya bila beli roti sebuku tu, mesti tak habis. Dah sampai tarikh luput pun, kadang-kadang ada banyak lagi tak termakan. Tapi bila fikirkan asyik makan dengan jem atau kaya pandan sahaja muak jugalah. Best juga kalau dapat buat sesuatu yang berlainan, kan? Haa apa kata hari ni kita cuba buat Roti Gulung Sardin viral ini!

BACA: Guna 3 Bahan Je, Mari Buat Roti Kaya Butter Ala Kopitiam Sendiri Di Rumah!

Jangan risau, cara nak membuatnya pun sangat mudah dan ekspres! Sesuai untuk dimakan waktu sarapan ataupun dijadikan snek tatkala masa lapang. Resepi pun boleh olah ikut citarasa masing-masing. Pejam mata terus siap guys!

Habiskan Sebelum Expired, Anda Wajib Cuba Resepi Roti Gulung Sardin!

Resepi Roti Gulung Sardin

Bahan Utama:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/4 cawan tepung Bestari original
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2¼ cawan air

Bahan Inti Sardin:

  • 1 tin ikan sardin
  • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar mayonis
  • Garam
  • Gula
  • Roti

Habiskan Sebelum Expired, Anda Wajib Cuba Resepi Roti Gulung Sardin!

Cara Membuat:

  1. Tumiskan bawang hingga naik bau lalu masukkan sos tomato dan sos cili. Gaul rata.
  2. Kemudian, masukkan ikan sardin yang tekah diasingkan dari kuahnya dan dihancurkan. Gaul rata.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga kering.
  4. Tutup api, masukkan mayonis dan gaul rata.
  5. Sapukan inti pada roti dan gulung dengan kemas. Ketepikan.
  6. Seterusnya, kisar halus semua bahan utama. Tuangkan ke dalam mangkuk.
  7. Kemudian, celupkan roti yang telah digulung kemas ke dalam bancuhan tepung serta goreng sehingga masak sempurna.
  8. Roti Gulung Sardin siap untuk dihidang dan dinikmati pada waktu sarapan atau sebagai snek. Selamat mencuba!

Habiskan Sebelum Expired, Anda Wajib Cuba Resepi Roti Gulung Sardin!

Habiskan Sebelum Expired, Anda Wajib Cuba Resepi Roti Gulung Sardin!

Sumber: Facebook Siti Noor Hidayah Samah via Masak Apa Hari Ni

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram