Kuih Muih Netizen

Resepi Roti Jala Bunga Mawar, Lazatnya Dimakan Dengan Bubur Durian!

Resepi Roti Jala Bunga Mawar, Lazatnya Dimakan Dengan Bubur Durian!
Jawatan Kosong baker & pastry

Roti Jala antara salah satu makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia. Sangat sedap jika dimakan dengan kari ayam atau kuah manis seperti bubur durian. Tapi, pernah tak terfikir untuk upgrade rupa roti jala versi moden pula?

BACA: Resepi Roti Paung Terengganu Paling Lembut, Nikmat Dicicah Teh O Panas!

Jika selama ni anda selalu jumpa yang bewarna kuning, uniknya resepi roti jala istimewa yang dikongsi oleh Puan Suraiya ini sangat cantik kerana berbentuk bunga mawar! Warna merah yang pekat dan cantik boleh memikat mata sesiapa sahaja. Bahan yang diperlukan pun tak banyak tau. Tunggu apa lagi? Jom mula!

No photo description available.

Resepi Roti Jala Bunga Mawar

Bahan-bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn air
  • Sedikit pewarna merah dan hijau
  • 2 s.b. minyak masak
  • 2 s.k. majerin
  • 1 s.k. garam
  • 1 biji telur

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, kisarkan tepung gandum, minyak masak, majerin, garam dan telur sehingga halus.
  2. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar ke dalam 2 bekas botol yang berasingan.
  3. Titikkan perwarna merah di dalam botol bermuncung 3.
  4. Selepas itu, titikkan pewarna hijau di dalam botol bermuncung 1.
  5. Panaskan non-stick pan dan tuangkan adunan merah secara melintang untuk jadikan visual bunga mawar.
  6. Kemudian, titikkan adunan hijau sedikit di atas garisan untuk jadikan imej daun.
  7. Tak perlu terbalikkan dan masak selama 2 hingga 3 minit.
  8. Gulungkan menjadi seperti bunga.
  9. Roti Jalan Bunga Mawar siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

No photo description available.

No photo description available.

Sumber: Facebook Cik Puan Suraiya via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook