Setiap kali masuk bakeri, Roti Sosej Gulung boleh dikatakan antara menu ‘wajib’ yang akan dijual malah menjadi best seller! Walaupun rasanya cukup simple, tekstur yang gebu tu memang tak cukup kalau makan 1 je. Tapi korang percayalah nak buat roti sosej ni senang sebenarnya. Sekali-sekala uli roti di rumah bersama anak-anak pun best juga tau. Mereka pun boleh belajar benda baru yang menyeronokkan.
Jika anda penggemar roti sosej, memang patut cuba resepi ni. Kalau nak lagi sedap, bolehlah tambahkan bahan-bahan lain seperti keju, mayonis ataupun sos cili. Selamat mencuba semua.
Resepi Roti Sosej Gulung Ala-Ala Bakeri
Bahan-bahan
- 2 cwn tepung gandum
- 2 sb ragi kering
- 2 sb gula
- 2 sb mentega
- 1/2 sk garam
- 220 ml susu suam
- bijan (secukupnya)
Cara memasak
- Masukkan ragi kering dan gula ke dalam susu suam. Kacau lalu biarkan sehingga ragi mengembang selama 10 minit.
- Kemudian, campurkan tepung gandum bersama garam dan mentega. Gaul sehingga sebati.
- Tuangkan ragi ke dalam adunan tepung dan gaul seketika.
- Bawa adunan tersebut ke atas papan canai dan uli sebati.
- Masukkan semula adunan ke dalam mangkuk. Kemudian, tutup adunan tersebut.
- Biarkan sehingga doh mengembang 2 kali ganda.
- Tumbuk sedikit adunan untuk mengeluarkan udara dan bahagikan kepada beberapa bulatan.
- Rol adunan tersebut sehingga panjang dan lilit dengan kemas pada sosej. Biarkan doh kembang seketika.
- Oleskan bahagian atas dengan susu segar dan taburkan sedikit bijan sebagai hiasan.
- Bakar pada suhu 170°C selama 15 minit.
- Roti Sosej Gulung Ala-Ala Bakeri siap untuk dihidangkan.
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi