Minuman Pencuci Mulut

Resepi Sagu Mangga & Agar-Agar Simple, Sensasi Manisan Penyejuk Tekak

Jawatan Kosong baker & pastry

Tidak kira dinikmati ketika mentah ataupun sudah ranum, buah mangga sememangnya amat disukai oleh ramai orang. Ketika masih muda menghijau, ia sesuai dijadikan sebagai side dish misalnya kerabu mangga. Namun apabila sudah harum menguning, kebiasaannya mangga sedap dijadikan dessert. Selain pulut mangga ataupun mango cheesecake, apa kata kita try buat Sagu Mangga & Agar-Agar pula?

Untuk pengetahuan anda semua, ini adalah sejenis dessert drinkĀ yang cukup terkenal di Hong Kong. Uniknya, cara penyediaan pencuci mulut ini lebih kurang sama seperti Sagu Gula Melaka. Memang sedap untuk dimakan ketika panas terik. Bila lalu di tekak, fuhhh kesegarannya boleh terasa. Selamat mencuba resepi di bawah guys!

Resepi Sagu Mangga & Agar-Agar

Bahan-bahan (Agar-Agar)

  • 1 paket serbuk agar-agar
  • 1/2 cwn gula kastor
  • 4 cwn air

Bahan-bahan (Campuran Susu)

  • 4 cwn air
  • 350 gm sagu
  • 1 cwn susu sejat
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 2 cwn susu segar
  • mangga ranum

Cara memasak

  1. Agar-agar: Masak air sehingga mendidih, kemudian masukkan serbuk agar-agar dan gula kastor. Kacau sehingga larutan sebati.
  2. Tuangkan ke dalam bekas kosong dan rehatkan agar-agar seketika.
  3. Selepas beku sepenuhnya, potong agar-agar tersebut kepada bentuk kiub. Ketepikan.
  4. Campuran susu: Didihkan air dan masukkan sagu. Masak sehingga sagu berubah menjadi jernih.
  5. Angkat dan toskan. Kemudian, basuhkan sagu dengan melalukannya pada air.
  6. Setelah itu, campurkan pula susu segar, susu pekat dan susu sejat. Kacau sebati.
  7. Akhir sekali, ceduk sagu dan potongan agar-agar lalu masukkan ke dalam cawan. Tuangkan pula campuran susu tadi.
  8. Hiaskan dengan potongan mangga ranum.
  9. Sagu Mangga & Agar-Agar siap untuk dihidangkan.

 

 

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook