Pencuci Mulut Netizen

Resepi Sagu Mangga, Rasa Manisnya Pasti Buat Anda Termimpi-Mimpi!

Resepi Sagu Mangga, Rasa Manisnya Pasti Buat Anda Termimpi-Mimpi!
Jawatan Kosong baker & pastry

Kalau nak tahu, Sagu Mangga merupakan salah satu pencuci mulut yang cukup terkenal di Sabah. Gabungan padu mangga segar, cheese dan biji selasih berikan rasa manis yang boleh buat orang termimpi-mimpi! Jika haritu anda sudah cuba Sagu Gula Melaka, apa kata kali ni try buat Sagu Mangga pula?

BACA: Resepi Som-Som Sagu Gula Melaka Bergedik, Nikmat Dimakan Sejuk-Sejuk

Istimewanya resepi oleh Farra Ahmad ini, buah mangga akan dikisar dan ditapis untuk dapatkan jus aslinya terlebih dahulu. Bila lalu di tekak, fuhh confirm terasa kesegarannya. Tunggu apa lagi? Jomlah mula!

May be an image of dessert and indoor

Resepi Sagu Mangga

Bahan-bahan:

  • 1 biji mangga segar
  • 150g cream cheese
  • 3 cawan susu segar
  • 3 cawan air masak
  • Sagu putih
  • Biji selasih
  • 8g serbuk agar-agar mangga
  • 3 s.b. gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • Sunquick
  • Perahan lemon
Buah Mangga Harum Manis | Shopee Indonesia
Gambar sekadar hiasan
Kebaikan Biji Selasih
Gambar sekadar hiasan

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, panaskan air di dalam kuali dan masakkan sagu.
  2. Apabila sagu sudah masak, tapiskan kanji dan sejukkan seketika.
  3. Rendamkan biji selasih di dalam bekas berasingan hingga kembang dan ketepikan terlebih dahulu.
  4. Kemudian, kisarkan susu segar, air masak, gula, cream cheese, perahan lemon, susu cair, serbuk agar-agar dan susu pekat hingga sebati.
  5. Tuangkan di dalam bekas.
  6. Potongkan mangga menjadi bentuk dadu.
  7. Kemudian, kisarkan pula buah mangga yang dipotong dan tapis untuk dapatkan jus asli mangga tersebut.
  8. Didihkan gula dan sunquick di dalam kuali berasingan.
  9. Apabila sudah menggelegak, boleh tutupkan api.

Cara penyediaan:

  1. Letakkan sagu, biji selasih dan buah mangga yang dipotong sebagai lapisan bawah di dalam bekas.
  2. Tuangkan semua bahan yang dikisar bersama campuran air sunquick di dalamnya.
  3. Letakkan mangga dan biji selasih di atas sebagai hiasan.
  4. Sagu Mangga siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
May be an image of dessert and indoor

SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook