Tidak dinafikan, Sambal Sardin ni memang salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Lagi-lagi lawan dengan nasi panas, telur dadar atau kicap, fuhhh memang bertambah-tambah nasi. Makan dengan roti dan cekodok pun memang ngam teroks. Perut daripada kenyang boleh jadi lapar balik.
BACA: Resepi Bihun Sup Tulang Utara Original, Sedap & Lawankan Sambal Cili Merah
Lauk sardin ni memang senang tapi kalau salah cara, boleh jadi hanyir tau. Terbantut pulak selera keluarga nak makan nanti. Jadi hari ni, kami bawakkan resepi special daripada Puan Azlina Ina yang sangat simple untuk dimasak waktu sahur. Segar terus mata anak-anak bila bau sambal sardin yang menyengat ni.
Resepi Sardin Tumis Simple
Bahan-bahan:
- 1 labu bawang besar (hiris kasar)
- 3 ulas bawang putih (hiris halus)
- 20 tangkai cili siam (hiris dua)
- Sedikit garam dan perasa.
- Air asam jawa
- Tomato (dibelah 4)
- Halia (Nota: boleh tambah halia jika suka)
Cara memasak:
- Pertama sekali, tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili siam.
- Tumisan tak perlu lama sangat untuk elakkan bawang menjadi layu.
- Masukkan 1 tin sardin (Nota: boleh gunakan apa-apa jenama sardin di pasaraya).
- Apabila sudah mendidih, boleh tambahkan garam dan perasa.
- Masukkan sedikit air asam jawa.
- Apabila kuah sudah mendidih elok, boleh masukkan tomato yang dibelah 4.
- Tunggu sehingga kuah sedikit kering, boleh tutupkan api.
Sumber: Facebook Azlina Ina Fans
SUBSCRIBE Youtube Untuk Lebih Banyak Video Resepi